CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 16, 2009

SUKO SELOK GHAMAI2 : Part 1

CERITA 1 :

Dam! pintu pejabat sebuah hospital dihempas.seorang doktor muda kelam kabut masuk,mengelabah puyuh jumpa doktor senior.
Doktor senior : Kenapa ni?
Doktor muda : ( termengah2 beritahu ) Saya dah buat silap masa isi borang kematian
pesakit.Alamak..matilah saya macam ni..matiiii...
Doktor senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat Punca kematian...

CERITA 2 :

Dalam satu majlis makan malam sempena ulangtahun pejabat isteri di hotel 5 bintang,si isteri tegur suaminya.
Isteri : Abang nimdah 8 kali ambil daging bakar tu,orang lain perhati aja.Abang tak malu ke?
Suami :Tak....Abang cakap dengan diaorg,awak yang nak!

CERITA 3 :

3 hari melukis,akhirnya siaplah potret lelaki separuh umur.Si pelukis bertanya kpd lelaki tersebut," Macam mana,Encik suka tak lukisan ini?"
Lelaki separuh umur yg berhidung kembang dan banyak bekas jerawat batu itu terus mengeleng-geleng kepala,"Ceh!Inilah lukisan paling buruk pernah saya tengok!"
Si pelukis pegangbahu lelaki tersebut dengan perlahan berkata,"Hmmm....kalau macam itu Encik kenalah akui yang Encik ni adalah manusia paling hodoh pernah saya lukis potretnya."

CERITA 4 :

Mamat kesian betul tgk Boboi.Tensen dr pagi sampai malam.Mamat pun tanyalah kawanbaiknya itu.
Mamat : Apahal engkau,tensen aja aku tengok?
Boboi : Hubungan aku dgn Ira dah putus...
Mamat : Putus?Kenapa?
Boboi : Materialistik sangatlah dia tu..
Mamat : Ala...apa susah,Engkau ceritakanlah yang Engkau ni anak Tan Sri,banglo 3, 4
buah, mercedes 3 bijik...
Boboi : Dah! aku dah beritahu.Tapi lepas beritahu benda tu lah dia jatuh cinta dgn bapak aku
pulak!!

CERITA 5 :

Seorg lelaki tua yang sedang bergunting rambut terkejut apabila tiba2 pintu kedai gunting itu dirempuh.Yang rempuh ialah lelaki muda,dan kemudiannya menjerit, " Rudi Ferguson!!Cepat balik!! rumah kau terbakar!! "
Apa lagi,lelaki tua itu pun terjun dari kerusi,terus berlari ke rumahnya.100 meter dari situ walaupun rambutnya belum siap dipotong dan di dagu penuh dgn buih pencukur.Dia pun berlari dan berlari mcm cristiano ronaldo lari ke real madrid...huhuhu..tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya,lelaki itu tiba2 berhenti.
"Eh?kenapa pulak aku lari balik ni?Nama aku bukan Rudi Ferguson...!!"


Sekian sahaja...harapan ambo anda sedang berguling2 atas lantai suko selok

" Berkhidmat utk SMB CLUB "

yg bener,

SOPO & BOBOK

0 comments: