CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 5, 2009

FADHILAT AMAL : Sempena Nesfu Syaaban

Assalamualaikum....

Salam semua.sempena Nesfu Syaaban ini warga admin Blog SMB CLUB mengucapkan selamat menyambut malam Nesfu Syaaban malam ini.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

berikut adalah amalan yg blh dilakukan jika mampu :

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat iniSembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-FatihahSembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

sama2 lah kita cuba.sebenarnya mmg sukar nk menandingi amalan ibadah Rasulullah SAW.tapi kita berniat dan mencuba.insyallah besar ganjarannya.kerana Nabi SAW adalah manusia paling hebat amalannya.hingga bengkak kakinya solat padahal dia tak solat pun sudah dijamin syurga.maka ambillah iktibar dan jadilah hamba yg mensyukuri nikmat...sesungguhnya anda dpt baca tulisan ini juga nikmat.mata dpt melihat.jari jemari dpt menaip juga nikmat.malahan kita berkelip mata juga satu nikmat.kerana jika ditarik nikmat itu.pyh juga mata tak berkelip ni.tertutup je.kene tampal salotape lah plk....

jadi semoga kita sama2 mendekatkan diri kepada Allah SWT selagi nyawa masih dikandung badan.ingatlah dunia bkn tujuan utama kita.akhirat yg kekal abadi matlamat kita.sebab tu Nabi SAW bersabda " dunia ini adalah penjara bagi org mukmin dan syurga bagi org kafir."...

Sekian,Terima kasih

" Berkhidmat Utk SMB CLUB "

yang benar,

SOPO & BOBOK

2 comments:

azril said...

SEMOGA AMALAN-AMALAN KAWAN KAWAN KITA DAN SANAK SAUDARA KITA SENTIASA MAHMUDAH HENDAKNYA....AMINNN

sopo said...

bok..kalu bab agama ni mcm kurang je komen2...panas ke?huhuhu