CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

Info SMB : SEKILAS SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN " The Last Samurai " @ " The Last Man Standing " Encik ANEP





Assalamualaikum semua....


Fuh!lama sungguh tak update blog.maaflah belako oleh kerana blogger 1 & 2 agak sibuk dgn menghadiri belanjawan 2010 di parlimen serta beberapa meeting di sekirat Iran bersama Ahmadenejad. moga2 perkembalian kami ini menambahkan lagi kehangatan anda terutama kepada pasangan pengantin baru kita...The Real Last Samurai Anep yang selamat diijabkabulkan bersama isterinya Ina.Ina ni seorang Guru yg sedang hebat mengajar di Sekolah Menengah Pahi,Kuala Krai...jutaan terima kasih kepada Ina kerana sudi mengambil jejaka ranking paling bawah ( atas sikit drpd Rudi ) di dalam senarai jejaka paling hensem SMB yg setiap tahun diungguli oleh Aman Mubarak The Bedak Terong...




Dikhabarkan oleh saudara maranya yang Anep terkucil sebanyak 35 kali dari pagi hingga sampai ke masjid....keadaannya agak garing dan gering...lihatlah rupa parasnya yang kekurangan air didalam perut...








Sonep!!kualiti gambar mu email OUT la...jadi berai gini.kena kecik celeh baru clear...







oleh kerana pengantin lelaki yang agak tidak hensem jika nk dibandingkan dgn kejelitaan pengantin perempuan,maka gambar ini terpaksa dikaburkan untuk mengelakkan anda semua mengalami cirit birit yg serius...





Cinta 3 segi..siapakah yg berjaya memiliki hati gadis comel ini..saksikan di Astro Awana setiap Isnin jam 9 malam..









Kak Liza bersama keluarganya bersama pengantin lelaki Anep ( berada di bawah katil )











Wooop!! ini bukan pengantin perempuan.ini adalah ex girlfriend Anep yang turut sama hadir memeriahkan majlis..












Tetamu jemputan kehormat merangkap sahabat karib Anep yg merasmikan majlis perkahwinan Anep iaitu Encik Johnny Lever










Apapun Tahniah diucapkan drpd pihak pengurusan SMB Club kepada kedua2 mempelai dgn doa kami semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.jadilah suami yg mithali dan isteri yg berakhlak mulia dan mentaati suami...akhir kata drpd blogger utk sekilas di majlis perkahwinan Anep. banyak lagi gambar akan menyusul kemudian kerana disebabkan kesilapan teknikal yg mana kamera aku kehilangan wayar penyambung ke laptop, maka byk gambar2 dan aksi panas Anep di malam pertama tidak dapat dipaparkan di sini..harap semua ahli blog bersabar....








sekian,terima kasih








" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "








Siapa lagi kalau bukan,








SOPO & BOBOK

Tuesday, November 17, 2009

BISNESS SMB : PROMOSI PRODUK KESIHATAN NONI DARIPADA MAHANI....

Salam semua....

seperti biasa ruangan blog kita tetap dihiasi atau dipergunakan utk meningkatkan status ekonomi sesama kita agar tiada antara ahli SMB club makan meggi setiap hari sebagai makanan rutin...adalah sangat digalakkan ahli2 SMB Club membuat bisness sampingan bagi menambah pendapatan asalkan is tidak menganggu kerja tetap anda kerana dikhuartiri haram hukumnya menurut pendapat ulama dan hadis...cthnya kita menjual part timer diwaktu sedang bekerja..

oleh itu tanpa melengahkan masa lagi....dipersembahkan produk ulung lagi hebat daripada Mahani bergelar Noni.....silakan!!!

FED NONI-100% Pure Noni Leaven


APA ITU NONI??? ( maaf gambar tidak dpt disertakan.mungkin kemudian hari.kerana masih menunggu gmbr drpd Mahani,gmbr yg diberi tidak dpt diuploadkan. )

NONI dengan nama saintifiknya morinda citrifolia atau lebih dikenali sebagai buah mengkudu. Pati noni dikenali sebagai penyembuh dan antiseptic tradisional. Mengkudu mempunyai pelbagai khasiat perubatan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.



Antara penyakit yang dapat dibantu oleh FED NONI adalah:

- Tekanan darah tinggi (hipertansi)/ darah rendah (hipotensi)
- Kencing manis biasa/kronik
- Buasir/hemorrhage/berak berdarah
- Sakit-sakit sendi/arthritis/rheumatisme
- Sakit jantung/lemah jantung
- Ulser/gastric
- Lelah/asma
- penyaklit batu karang/buah pinggang/kesukaran kencing
- Hepatitis
- Kurang darah/ anemia
- Insomnia/ sukar tidur malam
- Penyakit kulit/psoriasis/jerawat batu
- Resdung/sinusitis/alahan rhinitis/selsema
- Beguk/gerondong
- Sawan ( SESUAI UTK RUDI JUGA BILA MAN U KALAH )
- Gila meroyan ( UDIN KENA MAKAN NI.TERUTAMA BILA LIVERPOOL KALAH )
- Gout
- Sembelit/tidak lawas
- Sakit kuning

CARA TINDAKAN NONI

Kandungan xeronine yang terdapat dalam mengkudu akan bertindak dengan protein dalam badan dan berfungsi membina semula tulang, kulit & rambut; Menghantar nutrisi ke seluruh badan; dan Mengawal hormone dalam badan. Seterusnya akan meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan antibodi. Kesannya toksik dalam badan akan dinyah/disingkirkan bagi membaiki sel-sel yang rosak.



HARGA
1 botol kecil 10ml -RM40 (termasuk delivery)
1 botol besar 50ml -RM190 (termasuk delivery)

Atau jika mendaftar sebagai ahli
5 x 10ml atau 1 x 50ml -RM150 (free delivery)



BERMINAT??? Atau MAKLUMAT LANJUT…boleh hubungi

Mahani (012-6965276), Tajul (012-2231047) atau 03-87249592 (rumah)
Emel : mahanimuhamed@yahoo.com

Atau layari http//:www.b-swan.my

untuk lihat testimoni2 pengguna serta maklumat2 lain.


CARA MINUM
Selepas bangun tidur minum air suam. Titiskan 1-2 titik noni di bawah lidah. Kemam selama 2-3 minit. Telan dan minum air suam lagi. Lakukan sekali lagi dengan cara yang sama sebelum tidur. Lebih berkesan jika diambil semasa perut kosong dan jangan makan selama 1/2 jam pertama (kec gastrik).Elak dari minum teh,kopi,nescafe atau merokok selama 2 jam selepas ambil NONI. Ubat doktor pula diambil selepas 1-2 jam (bagi yg berkenaan).



# Produk ini mendapat sijil halal daripada IFANCA dan mendapat kelulusan drpd FDA. Gunakan tanpa was-was.



KITA HANYA BERIKHTIAR SELEBIHNYA BERSERAH KEPADA ALLAH…Insyaallah dengan izinNYA

Sekian sahaja persembahan drpd Mahani utk tatapan anda...

" BERKHIDMAT UTK SMB CLUB "

Yang menjalankan kerja...

BOBOK & SOPO

INFO WARGA SMB : Iqram Pun Dah Jadi Bapak Orang dah!!

Assalamualaikum semua....

Berita ringkas dibawakan khas dr bilik berita utama,Rio De Jeneiro....

Mohd Iqram atau dikenali dikalangan ahli2 kelab SMBnya dengan gelaran Beruang telah selamat melahirkan anak....erk?mcm silap je...Iqram ke beranak...yaaa!! pembetulan...Isteri Iqram telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 2 Okt 2009 iaitu pada hari....errr...tgk sendri lah kelendar!! di Hospital Besar Kota Bharu...

Oleh yg demikian al-kisahnya,maka sahlah atau termenterailah Iqram bergelar seorang Bapa. Bayi yg dilahirkan adalah seberat 3.3Kg dan berjantinakan lelaki.anaknya diberi nama muhammad Ifwat bin Mohd Iqram...

Kami daripada bilik berita mengucapkan jutaan Tahniah kpd Iqram & Hazliza diatas kedatangan cahaya sinar Aidilfitri ini..eh..cahaya mata...cahaya mata!!....doa kami semoga Ifwat menjadi anak yg soleh,yg taat kpd Allah,Rasul & kedua ibubapa..dan juga tinggi harapan kami agar ifwat tidak meniru akan perangai bapanya itu..hahaha.....

kpd sesiapa ingin mengucapkan tahniah atau menyapa atau mengutip hutang dgn Iqram..blhlah hubungi beliau di talian 012-9595905..

Sekian Terima kaseyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

" BERKHIDMAT UTK SMS CLUB "

Yang hensem lagi kacak abadi,

BOBOK & SOPO

Tuesday, November 3, 2009

INFO WARGA SMB : sambungan Gambar2 Reunion & Family Day II




Alohhhh lah...sedaknyo lah....sapolah hensem lagi macho menyediakan rempah ratus ni...




Anak Saidi...alo lah...besarnyo mato..nurun sapo ni...nurun cikgu azimoha ni....



Bobok sedang mengeringkan remote keretanya yg terjatuh dalam TUTTTT....namun niat didalam sanubari bobok adalah untuk melakukan pencemaran bau didalam kereta Rudi..haha








Aku cuba menjadi Auw Auw...bobok pula masih bertungkus lumus manakala Mat 6 sedang melakukan tarian poco-poco untuk Ayahanda Jari...

Rudi sedang mengkelentong Masrul & Saidi akan kehebatan Alex Ferguson manakala Mat 6 sudahpun hampit mengalami sawan kura-kura mendengarnya...Udin pula ( Tiada dalam gambar ) sudahpun berguling-guling ketensionan akan semangat dan ketakmaluan Rudi mempromote Man U...




Ayahanda mengROCKkan diri walaupun ringtone handsetnya berbunyi lagu dangdut Amelina...


Kaki-Kaki ayam kegemaran Ayahanda Yie dan Danial anaknya...aku pung!!!




Udin sedang dimarahi oleh anak-anaknya kerana tidak menyediakan tea o beng limau nipis...jawab Udin.." Gi kedai Rudi aaaa!!!"


Mangsa kesedapan ayam bakar,sotong bakar dan sosej...hukhukhuk...

aloh comelnyo tukang bakar ayam ni....sapolah tok laki dia..mesti hensem dan macho macam Sopo,Bobok,Udin,Anep,Masrul,Mat 6,Saidi dan Iqram...( aik?nama Rudi takdok?hahaha)


Sekian...wassalamu.....

Monday, November 2, 2009

INFO WARGA SMB : Reunion & Family Day SMB CLUB Raya ke-4 2009

Assalamualaikum......

Diharap semua warga dan bala tentera SMB sihat walafiat disamping keluarga. Reunion & Family Day SMB berjaya dgn jayanya dijayakan pada hari raya ke-4 2009 bertempat diperkarangan istana YM Tengku Saiful. walaupun keadaan agak tak boleh melalak dan melolong,namun suasana tetap ceria dan gumbira setelah sekian lama tidak berkumpul beramai2 dan bersama2.....diharap pada sesi akan datang lebih ramai ahli SMB CLUB dapat menyertai. Kami juga bercadang untuk mengadakan trip bercuti bersama ahli2 SMB CLUB sebagai reunion & family day juga.mungkin ke tempat2 lbh grand.sesiapa yg sanggup berkorban demi persahabatan kita,silalah join sekali.tak kisah lah berapa ramai.walaupun 4 keluarga sahaja,ia tetap akan dijalankan..insyallah di tahun hadapan....

disini disertakan gambar2 reunion baru2 ini dgn komen2 yg mengembirakan daripada blogger..nikmatilah..hehe


suasana ceria dan meriah...kelihatan ustaz anep sedang mengtakbiah ayahandi yie kerana berseluar pendek...




Anep & Iqram bersatu padu memboikot Rudi setelah beliau mula berbicara akan kehebatan Mancester United yang tiada tandingan....boikot barangan England yg menjajah melaya dahulu!!!




suasana daripada jauh.sepatutnya kedengaran di sini Rudi menyanyikan lagu Glory Man U Glory dan dibidas daripada Udin dgn lagu U never Walk Alone...akhir dua2 dipiap telinga oleh Ayahanda Yie...





walaupun kepala gila...semoag persahabatan ini kekal ke akhir hayat...amin....


chief Inspektor Omar a.k.a Mat 6 cuba menyekeh kepala Rudi kerana asyik bercerita akan kehebatan Alex Ferguson...





setelah minum air sunquick,maka dgn demikian perut bobok memulas2.lantas beliau berlari ke tandas...dan kemudian.....anda tahu akan kesudahan cerita ini apabila melihat bobok sedang mengeringkan remote keretanya...huhu






Udin memarahi anaknya kerana mengikuti Rudi menyanyi lagu Man U....dan sedang ditenteramkan oleh ustaz Anep dgn membaca Al-Fatihah dan 3 kul






Bobok sedang SMS cikgu Azimoha yg mungkir janji untuk datang merasmikan majlis yg gilang gemilang ini...
kelihatan juga Masrul sedang menayangkan tarian tradisional masyarakat bidayuh sambil diperhatikan oleh Iqram





dari kiri : Ieyla ( bini Sopo ),Liza( Bini Iqram.. ), Saidi ( raja sengih ),anaknya & Qistina ( isteri Saidi )





Blogger I : BOBOK & Blogger II : Sopo....
bobok masih berusaha keras mengeringkan remote kete nya...





Juadah di malam tersebut berupa ayam berempah bakar,sosej,sotong,ikan pari,kambing hitam,ikan yu,ikan karing,kepala kambing hitam,ikan buntal dan keropok....kecur air ketiak aku menaipnya.








Rudi,Syikin & anak2....Rudi cuba untuk bergaya hensem walaupun hakikatnya anaknya jauh lebih hensem daripada beliau...mahupun stereng kereta beliau...





Iqram ( beruang!!hehehe ) dan isterinya yg tercinta Norhazliza Ibrahim....tgh mengandung ni.dah selamat melahirkan.akan diupload kemudian...





Udin Dan anak2...Isteri Udin tidak dapat hadir kerana terlalu menyampah akan cerita2 Man U Rudi....huhu....anak Udin 3 org je..yg lain tu pelakon extra...




Sopo & Ieyla...bakal menjadi ibubapa Jan 2010...doakan semua selamat...yahuu...





Saidi,Qistina dan anaknya...maaf di..lupa nama anak mu...aku tahu ada Qistina juga keh...Saidi membawa bersama bekas minta derma utk anak2 org asli di sekolahnya...ni keje part timer je..


Sekian sahaja untuk kali ini....ada byk lagi gmbr belum diupload..akan diupload kemudian bersama cerita yg menarik...ini kerana aku dah nk kuar kerja.lama sgt nk upload satu2 gmbr ni...mudah2an semua enjoy...
" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "
yang menjalankan tugas,
SOPO & BOBOK





INFO WARGA SMB : Takziah kpd Udin....

Takziah kepada Udin atas kekalahan kpd Fulham 3-1....inilah teladannya bila bercakap besar...apapun saya dgn segala hormatnya sudahi dgn KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

" Berkhidmat Utk SMB CLUB "

yang mentertawakan,

SOPO & BOBOK

Monday, October 19, 2009

Allah Maha Besar....sesuai utk yg sudah jadi ibubapa,bakal jadi ibubapa & yg bujang...

Assalamualaikum...

saksikan video ini....anda pasti menitiskan air mata...kalau bukan kerana anak sendiri..mungkin kerana anda masih mempunyai ibu...itulah perasaan ibu anda semasa mengandungkan anda...trust me....kalau anda tak menitiskan air mata,maknanya anda bukan ibubapa yg baik...atau mungkin anda ibubapa yg baik.tetapi air mata anda sudah habis kerana menangis akan kekalahan liverpool atau anda mengalir air mata gelakkan akan kekalahan liverpool...maaf zahir & batin,din....

saksikan...

http://www.youtube.com/watch?v=Z96AjXl29is

" BERKHIDMAT UTK SMB CLUB "

Yang Benar,

SOPO & BOBOK

Saturday, October 17, 2009

INFO WARGA SMB : Jangan Sesiapa Berani Tegur Udin

Assalamualaikum semua....

harap sihat2 semua.....


berita terbaru yg baru diperolehi tgh malam td sangat2 mengujakan dan menakutkan sekali.kpd warga SMB lain.jangan sekali-kali mengegur Udin selama seminggu kerana beliau mengalami tekanan perasaan yang amat dasyhat dan hebat..kesan daripada tekanan tersebut,beliau kini akan menjerkah sesiapa sahaja yang menyebut perkataan kalah,liverpool,sunderland,no 1,no 0 dan yang paling beliau naik darah dan boleh menyebabkan hancur segala-gala termasuk ibu jari kaki anda ialah perkataan BELON...oleh itu jgn sesiapa menyebut BELON didpn Udin.

ini berikutan kekalahan Liverpool kpd Sunderland yang mana gol tersebut bukan sebenarnya dijaringkan oleh Darrent Bent,tetapi oleh sebuah Belon....

saya juga tidak berani bercerita panjang lebar lagi kerana takut dimarahi Udin dan saya masih lagi sayangkan ibu jari kaki saya.oleh itu pesan saya kepada Udin ialah KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KOH KOH KOH KOH KOH KEH!!!!!!!!! mudah-mudahan Udin kembali sembuh dengan cepat.....

sekian,kpd warga SMB...ada baiknya sekiranya anda semua dapat sedekahkan HA HA HA atau KAH KAH KAH kepada Udin....

Sekian,wassalamu

" BERKHIDMAT UNTUK SMB CLUB "

daripada,

BENT & BELONNYA...

Monday, October 12, 2009

INFO WARGA SMB : Abah Rudi Kembali Ke Rahmatullah

Assalamualaikum semua warga2 SMB...

pertama2 kami mengucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin sekira ada tersalah dan silap selama kami mengendalikan blog SMB CLUB ini.

Berita terbaru warga SMB ialah dimana Abah Rudi sudahpun kembali ke Rahmatullah pada 7.35am padahari Jumaat bersamaan 9 OKT 2009.Doa kita semua agar arwah dipermudahkan ururan di alam kubur,padang masyhar dan seterusnya di tempatkan di syurga tertinggi iaitu syurga firdaus bersama orang2 yg soleh dan beriman....

oleh itu,sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin kepada Arwah.kami cukup sedih akan pemergian arwah kerana arwah juga adalah seperti abah kami sendiri.arwah sangat baik kepada kami.teringat semasa arwah sihat dahulu dimana kami bersama2 main pukat tarik di tepi Pantai Irama.aku sendiri juga sering teringat tatkala tiba di kedai Rudi.pertama sekali aku pasti ke belakang dulu utk mengcongkek atau geletek abah....apapun yg hidup pasti akan pergi.

mudah-mudahan Umi,Rudi,Miji,Pak Chu,Musri,Sepu,kak long,kakak dan Izat tabah menerima qadak & qada ini....doa kami juga agar keluarga ini diberkati,diredhai & dirahmati Allah SWT....amin....

Sekian,Terima kasih

" BERKHIDMAT UNTUK SMB CLUB "

SoPo & BoBok

Wednesday, September 9, 2009

SIAPA YG HENSEM DAN CUN NAK ORDER BISKUT RAYA...



SALAM AHLI-AHLI SMB CLUB...
Sempena Raya yang hampir menjelang tiba...rasanya ambo ni belum terlambat utk mempromote biskut raya ambo kpd sapa2 yang malas buat biskut raya sendiri.sebab biasanya yg malas buat biskut raya dan beli kt luar ni adalah tergolong dalam golongan hensem lagi rupawan serta cun melecun....fakta ni...
kpd sapa2 nk order biskut habaq mail lah....RM24 jah untuk satu balang ini yg mengandungi 50 pieces...dijamin sedap hingga berguling2 lah sekiranya anda makan sambil berguling....yg cornflakes mmg superb...yg kacang mazola pulak kaw gile.disarankan agar makan slow2 atau bersama air ditepi kerana ia memungkinkan anda tercekik dan terpaksa ke ICU....
BISKUT CORNFLAKES SUPERSEDAP
RM24
BISKUT KACANG MAZOLA SUPERKAW!
RM24
dan ada beberapa jenis lagi.blm ada gambar..huhu....tart nenas dinasour dan sarat dgn isi nenas..rm28 satu balang...mahal sikit.tapi semua puas hati sbb kami tak kedekut bahan.sume taruk bahan byk2 dan brg mahal...terbaru is cornflakes madu yg juga RM28....
kpd sapa2 berminat,blhlah berhubung dgn ambo....En.SOPO dgn kadar segera.biskut ni dibuat sebaik saja diorder.maknannya bukan stok lama lah....
sekian,timo kaseyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....
" BERKHIDMAT UTK SMB CLUB "
bloggerakgerakgerakkhassssss..
SOPO & BOBOK

Tuesday, September 8, 2009

RAMADHAN HAMPIR BERLALU, SYAWAL BAKAL MENJELMA

SUDAH SEPARUH BULAN KITA BERPUASA...SUASANA RAYA DI KAMPUNG SEMAKIN TERGIANG-NGIANG DI TELINGA...HUUUU...SEDAR TAK SEDAR HARI RAYA KITA SEMAKIN MERIAH...APA TIDAKNYA, DARI RAYA SENDIRI DAH RAYA BERDUA (SUAMI ISTERI), DARI BERDUA DAH BERTIGA (ANAK SULUNG/ISTERI KE 2) DAN SETERUSNYA BEGITULA HARI RAYA KITA..BERTAMBAH TAMBAH MERIAH LA KITA.....
HUUUU...ANDAI KATA ADA LA MASA SESUAI UNTUK KITA SEMUA BERTEMU BERSAMA SEMULA..BERTAMBAH TAMBAH SANGAT LA KEGEMBIRAAN KITA SEMUA..BERTANYA KHABAR ANTARA KITA YANG LAMA HILANG DI MATA...MUNGKIN DAPAT MENAMBAH BISNES YANG SEDIA ADA?
HAHAHA..NAMUN KEKANGAN MASA DAN KETIKA MEMANG TAK MAMPU KITA ELAK...ITULA YANG MENGHALANG KITA UNTUK RAYA BERSAMA!
KALI NI...BLOGGERS (BOB N SOPO) MENCADANGKAN "PERJUMPAAN" YANG UNIK- FUTSAL DI MELAWI (DEPAN UMAH SOPO)-PERJUMPAAN DI TENGAH MALAM...KITA BOOKING FUTSAL DALAM KUL 11-1 PAGI (MASA BLEH BINCANG-TAUKE FUTSAL ADA NGA KITA)..SAPA YANG NAK MAIN? PASTINYA BOYS SMB N SUAMI-SUAMI KEPADA GIRLS SMB..HAHAHA..CANTEKK!! KENAPA MASA TU DIPILIH?TU LA MASA YANG TIADA KEKANGAN..MANA ADA ORANG BERAYA TENGAH-TENGAH MALAM...YANG PENTING KITA DAPAT JUMPA BERTEMU MESRA...GENG POMPUAN SEDIA MAKANAN...KITA BERFUTSAL...BAWAK LA KUIH-KUIH SKET...BENTANG TIKAR...HAAA...JALAN! YANG PENTING...BE PROFESIONAL...AMACAM?

YANG BENAR

BLOGGERS
SOPO&BOB

BERKHIDMAT UNTUK SMB

Sunday, August 16, 2009

SUKO SELOK GHAMAI2 : Part 1

CERITA 1 :

Dam! pintu pejabat sebuah hospital dihempas.seorang doktor muda kelam kabut masuk,mengelabah puyuh jumpa doktor senior.
Doktor senior : Kenapa ni?
Doktor muda : ( termengah2 beritahu ) Saya dah buat silap masa isi borang kematian
pesakit.Alamak..matilah saya macam ni..matiiii...
Doktor senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat Punca kematian...

CERITA 2 :

Dalam satu majlis makan malam sempena ulangtahun pejabat isteri di hotel 5 bintang,si isteri tegur suaminya.
Isteri : Abang nimdah 8 kali ambil daging bakar tu,orang lain perhati aja.Abang tak malu ke?
Suami :Tak....Abang cakap dengan diaorg,awak yang nak!

CERITA 3 :

3 hari melukis,akhirnya siaplah potret lelaki separuh umur.Si pelukis bertanya kpd lelaki tersebut," Macam mana,Encik suka tak lukisan ini?"
Lelaki separuh umur yg berhidung kembang dan banyak bekas jerawat batu itu terus mengeleng-geleng kepala,"Ceh!Inilah lukisan paling buruk pernah saya tengok!"
Si pelukis pegangbahu lelaki tersebut dengan perlahan berkata,"Hmmm....kalau macam itu Encik kenalah akui yang Encik ni adalah manusia paling hodoh pernah saya lukis potretnya."

CERITA 4 :

Mamat kesian betul tgk Boboi.Tensen dr pagi sampai malam.Mamat pun tanyalah kawanbaiknya itu.
Mamat : Apahal engkau,tensen aja aku tengok?
Boboi : Hubungan aku dgn Ira dah putus...
Mamat : Putus?Kenapa?
Boboi : Materialistik sangatlah dia tu..
Mamat : Ala...apa susah,Engkau ceritakanlah yang Engkau ni anak Tan Sri,banglo 3, 4
buah, mercedes 3 bijik...
Boboi : Dah! aku dah beritahu.Tapi lepas beritahu benda tu lah dia jatuh cinta dgn bapak aku
pulak!!

CERITA 5 :

Seorg lelaki tua yang sedang bergunting rambut terkejut apabila tiba2 pintu kedai gunting itu dirempuh.Yang rempuh ialah lelaki muda,dan kemudiannya menjerit, " Rudi Ferguson!!Cepat balik!! rumah kau terbakar!! "
Apa lagi,lelaki tua itu pun terjun dari kerusi,terus berlari ke rumahnya.100 meter dari situ walaupun rambutnya belum siap dipotong dan di dagu penuh dgn buih pencukur.Dia pun berlari dan berlari mcm cristiano ronaldo lari ke real madrid...huhuhu..tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya,lelaki itu tiba2 berhenti.
"Eh?kenapa pulak aku lari balik ni?Nama aku bukan Rudi Ferguson...!!"


Sekian sahaja...harapan ambo anda sedang berguling2 atas lantai suko selok

" Berkhidmat utk SMB CLUB "

yg bener,

SOPO & BOBOK

Wednesday, August 12, 2009

RENUNGAN BERSAMA 2 : 15 Tanda Hari Kiamat

Tanda-tanda kiamat kecil terbagi menjadi dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai; seperti diutusnya Rasulullah saw., terbunuhnya Utsman bin ‘Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman. Kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah; seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dan lain-lain.

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah sawJabir r.a. berkata, ”Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, ‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan sore kalian.’ Beliau melanjutkan, ‘Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanatJabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majelis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badui dan berkata, “Kapan terjadi Kiamat ?” Rasulullah saw. terus melanjutkan pembicaraannya. Sebagian sahabat berkata, “Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya.” Berkata sebagian yang lain, “Rasul saw. tidak mendengar.” Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya, “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu, ”Saya, wahai Rasulullah saw.” Rasulullah saw. Berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah saw. Menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kayaRasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)

4. Sungai Efrat berubah menjadi emasDari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sampai Sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebutan tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata, ”Barangkali akulah yang selamat.” (Muttafaqun ‘alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam”Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), dibukanya Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi, sampai 80 poin, dan setiap poin 12.000.” (HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhanDari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)

7. Munculnya kaum KhawarijDari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).

8. Banyak polisi dan pembela kezhaliman“Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat IslamDari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

10. Dominannya FitnahDari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sampai dominannya fitnah, banyaknya dusta dan berdekatannya pasar.” (HR Ahmad).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinahan

13. Banyaknya kaum wanitaDari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinahan, banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjidDari Anas ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

15. Menyebarnya riba dan harta haramDari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapat, apakah dari yang halal atau yang haram.” (HR Ahmad dan Bukhari)

Sekian,terima kasih

" Berkhidmat Utk SMB CLUB"

Yang benar-benar saja dong :

SOPO & BOBOK

Monday, August 10, 2009

TEKA TEKI SMB 1

jika anda handalan mahupun bijaksana serta singgahsana mahupun plaza angsana..cuba teka apakah benda ini??


jika berjaya.anda akan mendapat hadiah berupa sotong kedai UMI...sila claim sendiri dgn Umi...mudah2an anda mendapat sepelempang mesra drpd Umi...semoga berjaya....usaha tangga kejayaan....
" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "
yang benar,
SOPO & BOBO

Wednesday, August 5, 2009

FADHILAT AMAL : Sempena Nesfu Syaaban

Assalamualaikum....

Salam semua.sempena Nesfu Syaaban ini warga admin Blog SMB CLUB mengucapkan selamat menyambut malam Nesfu Syaaban malam ini.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

berikut adalah amalan yg blh dilakukan jika mampu :

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat iniSembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-FatihahSembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

sama2 lah kita cuba.sebenarnya mmg sukar nk menandingi amalan ibadah Rasulullah SAW.tapi kita berniat dan mencuba.insyallah besar ganjarannya.kerana Nabi SAW adalah manusia paling hebat amalannya.hingga bengkak kakinya solat padahal dia tak solat pun sudah dijamin syurga.maka ambillah iktibar dan jadilah hamba yg mensyukuri nikmat...sesungguhnya anda dpt baca tulisan ini juga nikmat.mata dpt melihat.jari jemari dpt menaip juga nikmat.malahan kita berkelip mata juga satu nikmat.kerana jika ditarik nikmat itu.pyh juga mata tak berkelip ni.tertutup je.kene tampal salotape lah plk....

jadi semoga kita sama2 mendekatkan diri kepada Allah SWT selagi nyawa masih dikandung badan.ingatlah dunia bkn tujuan utama kita.akhirat yg kekal abadi matlamat kita.sebab tu Nabi SAW bersabda " dunia ini adalah penjara bagi org mukmin dan syurga bagi org kafir."...

Sekian,Terima kasih

" Berkhidmat Utk SMB CLUB "

yang benar,

SOPO & BOBOK

Monday, August 3, 2009

H1N1 - SEBENARNYA KRITIKAL KE?

DENGAN BERITA KEMATIAN YANG TERPAPAR SEPANJANG HARI DI AKHBAR MAHUPUN DI CORONG RADIO, AKU MERASA TERPANGGIL DENGAN AYAT - AYAT 2ND BLOGGER SOPO MENGENAI KEMATIAN.."KITA TIDAK TAHU BILA KITA AKAN MATI"..MUNGKIN SAAT SETERUSNYA, MUNGKIN SEJAM LAGI..DAN SEBARANG LAGI KEMUNGKINAN....INI BERKAIT RAPAT DENGAN BERITA KEMATIAN PESAKIT H1N1...SATU PENYAKIT TANPA PUNCA YANG JELAS, TANPA UBAT MUJARAB DAN TANPA KAEDAH UNTUK PERLINDUNGAN DIRI KERANA SIMPTOMNYA HAMPIR SAMA DENGAN DEMAM,BATUK DAN SELSEMA...INILAH YANG MENJADI PERSOALAN...KRITIKALKAN H1N1 NI SEKARANG DAN SENGAJA TIDAK DIUAR-UARKAN..ATAU IANYA SEKADAR PENYAKIT "DI PINGGIRAN"?NAMUN....MENGAMBIL KATA-KATA SOPO..MUHASABAH DIRI DAN RENUNGILAH DIRI AKAN KESILAPAN DAN TUTUPI KESALAHAN DENGAN TAUBAT PENYESALAN, DAN HIASILAH PERIBADI DENGAN SEGALA SIFAT MAHMUDAH...KERANA H1N1 MUNGKIN BERDEKATAN KITA DAN KITA MUNGKIN MANGSA SETERUSNYA..NAMUN..REDHALAH....POHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH...MOHON DIELAKKAN BENCANA KE ATAS KITA, KELAUARGA, SANAK SAUDARA SERTA RAKAN TAULAN SEMUA..KERANA SEGALA APA YANG BERLAKU ADALAH KEHENDAK ALLAH DAN INGATLAH,TIDAK SESAAT PUN KEMATIAN BOLEH DITANGGUHKAN KERANA MATI ITU BENAR....DAN MATI ADALAH SATU PENYAKIT YANG TIADA UBAT

p/s - andai ada ayat yang sonsang, tolong komen untuk diperbetulkan.

Sunday, August 2, 2009

NADZRU ( Mat John ) & RAHA Mohon Maaf Drpd Semua Warga SMB

Assalamualaikum semua....

Diharap semua sihat2 belaka.kecuali Udin sebab Udin sihat terlajok doh,...hehe...posted kali ni sebenarnya bukan atas permintaan tuan empunya diri yg dilihat sekarang agak menyombongkan diri dan masih enggan menjengah blog kita.tak tahu lah.org kaya2 ni mmg busy sgt2.aku yg dok dekat pun,dah berbulan tak jumpa....huhuhuhu...tapi atas dasar dia SMB juga,aku post lah jugak.kalau sekolah Badak ke....Beris Panchor ke...tak layan doh amboooo....

pada 1 ogos yg lalu.aku dapat SMS dr Raha.yakni isteri Mat John lah telah sms aku.aku ingat John yg akan sms.mereka berdua mintak halal makan minum semua dan mohon maaf pd semua warga SMB kalau ada salah dan silap yg mereka lakukan.dan aku harap2 pun mereka pun memaafkan salah silap kita jugak.sbb John ni antara target hangat kutukan bila berkumpul di samping Rudi dan Mat Ije...hehe....

Jangan terkejut dulu.bkn mtk maaf depa nk mati ke apa...mereka berdua sudah berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah pd 1 ogos tu.so kita semua sama2 lah berdoa semoga arwah pergi...eh?Nadzru dan Raha pergi dgn selamat dan pulang dgn selamat. ( sempat lah jgk aku pesan jubah Morocco...haha)...semoga mereka berdua pergi dgn niat beribadah lah bkn honeymoon. kerana sesungguhnya pahala berada di Madinah dan Mekah adalah sangat2 besar dan berlipat kali ganda dr biasa.solat di dalam masjidil haram sahaja utk satu rakaat dikira 100 ribu pahala menurut pendapat ulama dan hadith....banyak tu.....dan kita doakan juga agar niat mereka ikhlas ke sana semata2 kerana Allah SWT...

jadi sekian sahaja laporan terkini drpd saya.kalau ada sapa2 warga SMB nk bg apa2 maklumat,info,bisnes,berita dan sebagainya..silalah email aku di saifuladlimz@gmail.com atau call or sms kalau nk jimat di 013-3888 174 / 012-2222 174....

" Semoga warga SMB CLUB dirahmati Allah SWT hendakNya..."....amin...

Dari bilik Berita SMB,

SOPO & BOBOK

Tuesday, July 14, 2009

PEMANSUHAN PPSMI - RELEVAN KE TIDAK

KAT SEKOLAH AKU RAMAI PENDAPAT BERCANGGAH...BAGI MEREKA YANG TERROR B.I MENENTANG PEMANSUHAN PPSMI DAN BAGI MEREKA YANG 'LOW' PPSMI MENYOKONG PENUH TINDAKAN PEMANSUHAN PPSMI..BAGAIMANA DENGAN ANDA SEMUA SEBAGAI PEMERHATI YANG MUNGKIN BERADA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN YANG BUKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN?

YANG MENJALANKAN TUGAS

BOBOK & SOPO

Sunday, June 28, 2009

PANTAI IRAMA MENGGAMIT KENANGAN SMB

* kenangan di pagi yang hening di pantai irama..

Sesekali ingatan kawe kembali kepada kenangan bersama-sama di pantai irama..menjala dengan ayoh rudi, make di kedai umi, reunion hari raya, mandi pantai beramai-ramai, pedajal saidi and rudi...perghhh memang syok alam remaja dan dewasa kita... rupa-rupanye dan nak masuk 30 -an dah umur kito ni..kenangan tu rerupanya dah berlalu 10-15 tahun lepas...cepat betul masa berlalu..kita semua pun dah beranak pinak, berkahwin dan ada yang bakal berkahwin..kalu di pikir-pikir, mungkin lepas ni pula kita semua menungggu masa mendapat kabar kematian 'seseorang' yang pernah bersama-sama dalam kenangan kita di pantai irama tu, silih berganti seperti mana kita mendapat berita perkahwinan kawan-kawan kita satu demi satu...sama-samalah kita bermuhasabah akan perilaku sepanjang kehidupan kita..Sesungguhnya kenangan adalah guru yang berguna untuk kita..renung2kanlah.


Yang Menjalankan tugas


Bobok & Sopo

Tuesday, June 23, 2009

FADHILAT AMAL KHAS : Sempena Bulan Rejab


Dengan ini Ahli Lembaga Pengarah SMB CLUB dgn sukahati dan jantungnya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Rejab 24hb Rabu...esok!!

Bulan Rejab dikatakan Bulan Allah SWT. sebagaimana sabda Rasulullah SAW : " Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku "

Ad-Dailami merawikan dr Aisyah ra, dia berkata, " aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
" Allah menyiramkan kebaikan pada 4 malam ; malam Adha, malam Fitri, malam Nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab "

Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah pula dr Rasulullah SAW, baginda bersabda :
" Ada 5 malam,tidak akan doa tertolak; malam pertama bulan Rejab,malam nisfu Syaaban, malam Jumaat dan malam Aidil Fitri dan Aidil Adha "

oleh itu saya sertakan amalan yg boleh sama2 kita amalkan di bulan rejab ini mengikut hadis dan sunnah Nabi.

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah per mint aannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sekian, Semoga amalan2 kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT...Insyallah...

" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "


drpd Tok Penghulu 2 & 1 :

SOPO & BOBOK

Monday, June 22, 2009

RENUNGAN BERSAMA 1: Kewajipan Isteri Terhadap Suami

Salam kpd semua warga SMB CLUB....

ini adalah tajuk atau topik baru yg blh kita kongsi bersama.walaupun ia berat untuk En.Anep.tapi takpo Nep.belajar dulu agar mu jadi lagi power dr semua.Insyallah...bkn power tu Nep!!Power ilmu....insyallah Renungan Bersama ini akan sentiasa diupload bila kelapangan agar kita sama2 dapat berkongsi ilmu Allah dan sama2 mendapat manfaat ke arah sama2 menjadi Hamba Allah yang beriman dari segi hati,perbuatan dan percakapan...

saya memilih tajuk ni sebab tgk ramai dah yg dah kahwin. jadi saya rasa tajuk ni penting juga lah untuk kesejahteraan rumahtangga yg dibina agar ia dibina dan kukuh atas dasar islam.ni juga cerita best kpd warga2 SMB wanita dan isteri2 warga SMB....amalkan apa di sini insyallah anda akan jadi sebagaimana kebanyakkan hadis Nabi SAW yang mana Nabi SAW bersabda : " Setiap perempuan yg mati di mana sang suami rela kpdnya,pasti dia masuk syurga"

wanita ni senang masuk syurga dan ramai juga yg masuk neraka.kita fokuskan dlm kategori isteri lah.sebagai isteri ada 4 perkara yg perlu dijaga. jika dijaga dijamin syurga.1. Menjaga solat 5 waktu...ini saya rasa senang untuk semua. 2. Menjaga puasa...ini juga blh dilakukan. 3. Menjaga farajnya....pun blh dijaga. namun yg ke-4 ini sebanarnya sukar bagi seorg isteri iaitu 4. Taat kpd suami. ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW juga.

dari segi kedudukan Ketaatan bagi isteri juga suami terletak di no 3 selepas taat kepada Allah SWT,Taat kpd Rasul dan ketiganya Taat kpd Suami...selepas suami barulah Taat kpd ibu bapa dan mertua.maknanya tingginya nilai suami kpd isteri dalam islam ini. berbeza dgn suami yg perlu taat kpd ibu bapa dan mertuanya terlebih dahulu.baru isteri. jadi juga kpd suami jgn terlalu mengikut kehendak isteri jika ia blh mengecilkan atau menguriskan hati ibu anda. sebab ibu ini sukar ditafsirkan kegurisan hatinya.kadang2 kita tak balik kg,mak ckp okay.tapi sbnrnya dlm hati nya terguris.siapa tahu dia ckp kita ikut bini...nauzubillah...bagi isteri,hayati sabda Nabi SAW ini : " Kalau blh aku perintah kpd sesorg agar bersujud kpd sesorg,maka aku perintahkan kpd perempuan agar bersujud kpd suaminya kerana betapa besar hak suami ke atas isteri "..oleh kerana itulah perlu dijaga akan ketaatan kpd suami ini. jika isteri meninggal dunia dgn keadaan suami memaafkan semuanya,redha dan berpuas hati dgn layanan isteri semasa hayat,dijamin syurga.

terdapat satu kisah dimana seorang suami yg meninggalkan isterinya kerana pergi berperang / bermusafir. dan suami tersebut berpesan kpd isterinya jangan sesekali keluar dari rumah ini. maka suami itu meninggalkan isterinya.pada suatu hari dikhabarkan bapa isteri itu sedang sakit.zaman dulu2 mana ada HP nak sms or call. jadi isteri kegelisahan.dia lantas menghantar wakil kepada Rasulullah SAW bertanya samaada dia blh tak nk ziarah ayahnya. Rasulullah SAW kata, " Taatilah Suamimu ". maka dikhabarkan pula ayahnya sakit tenat dan sdg nazak.dihantar lagi wakil. Nabi SAW tetap mengatakan, " Taatilah Suami mu ". kemudian ayahnya meninggal dunia.sekali lagi isteri tersbt menghantar wakil utk memohon melawat dan melihat ayahnya utk kali terakhir. Rasulullah SAW tetap menjawab," Taatilah suamimu". begitulah kisahnya.kemudian Rasulullah SAW menghantar wakil kpd isteri tersbt dgn mengatakan ayahmu telah diampunkan segala dosa2nya sepanjang hayat lantaran dia taat kpd suaminya. dan tatkala pula suami pulang terserempak dgn Nabi SAW. Nabi SAW ckp ayah mertuamu sedang dimandikan dan dikafankan oleh malaikat di atas langit. suami bertanya mengapa begitu? Jawab Nabi SAW kerana Isteri mu mentaati mu....

lihatlah betapa besarnya pahala isteri mentaati suami. kpd isteri2 byk dan besar pahala jika anda menjaga suami anda dgn baik.dikatakan sekiranya anda membuat segelas air untuk suami anda pun pahalanya sama seperti anda berpuasa selama setahun. tapi jgnlah kerap sgt.nanti kencing manis pulak warga SMB ni..sebab tu kalau suami kata A..anda mahu B...jgn berkeras dgn suami hingga berlaku pertengaran atau rajuk merajuk.pujuk dan bodek lah baik2 utk suami anda pilih B juga.ada caranya. kena belajar kelemahan suami tu.hehehehe....

bagaimana pula hak suami...sabda Rasulullah SAW :
" Hak suami yg ada pd isteri adalah jika suami menginginkannya maka ia tidak blh menolaknya. Janganlah isteri memberikan sesuatu dlm rumahnya kecuali dgn izin suami. Jika isteri melakukan demikian,maka dia berdosa dan pahalanya untuk si suami.kecuali makanan yg dikhuatiri basi. termasuk haknya pula hendaklah seorg isteri tidak berpuasa kecuali ia telah mendapat keizinan suami. jika dia melakukan tanpa izin,maka dia hanya lapar dan dahaga shj serta puasanya tidak diterima. Dan jika isteri keluar dr rumah tanpa izin suaminya, maka para malaikat melaknatinya sampai dia kembali ke rumahnya dan bertaubat "

Jadi kepada isteri2 jagalah dan taatlah kpd suami anda. dan suami pula pandai2 lah bertolak ansur dgn isteri sekiranya anda sayangkan isteri anda.tetapi jika suami berkeras isteri wajib ikut kecuali kpd perkara2 mungkaran yg bertentang dgn perintah Allah SWT. walaupun hak suami banyak ke atas isteri,namun ketahuilah isteri2 sekalian...anda juga teramat2 senang untuk memperolehi pahala drpd suami. lihatlah betapa besarnya pahala anda memasak untuk suami anda, mengosok bajunya, melayannya dgn baik dsbg. oleh itu sama2 lah hayati renungan ini demi kebahagiaan rumah tangga anda agar berlantaskan islan dan Allah SWT serta rasul agar keluarga anda menjadi keluarga yg diredhai oleh Allah SWT insyallah....amin....

insyallah di post yg lain kita berbicara pula kewajipan suami kpd isteri pula..insyallah....

Sekian....


Drpd,

SOPO & BOBOK
" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "

Thursday, June 18, 2009

TAHNIAH LAGI..UNTUK HUDA & AZMI PULOK

























Tahniah sekali diucapkan kepada Nurul Huda kita yang akhirnya berjaya menackle Azmi Che Lah hingga ke jinjang pelamin secara diam tanpa diketahui oleh mana2 warga SMB mahupun Cikgu Jusoh....sbg pengumuman juga Azmi Che Lah ni bukanlah adik ataupun abang kepada Yusri Che Lah pemain bola itu....mereka selamat berkahwin pada 11 dan 12hb Jun baru2 ini dgn penuh gilang gemilang.dikhabarkan juga Najib dan Muhyidin pun datang.tapi bkn le Tan Sri Najib atau Tan Sri Muhyidin tu.cuma Najib Tukang kebung sekolah gunong dgn Muhyidin yg bela ikan dalam sangkar kt tali air tu je....
mungkinkah berita perkahwinan ini satu lagi tamparan hebat buat Encik Anep kita yg dikhabarkan akan berkahwin juga pada bulan 12 atau bulan 3 tahun depan. adakah ianya satu tektik ataupun konspirasi untuk mengelak dirinya daripada dikutuk oleh sahabat2 buat sementara waktu??ataupun ianya benar??ataupun ianya satu tempoh utk dia mencari pasangannya??sama2 kita saksikan debarannya....dimana The Last Man Standing Will Sit Down Soon....
oh ya..berbalik kpd perkahwinan Huda ini.kepada sesiapa nak mengucapkan tahniah bolehlah hubungi atau SMS ke Huda di Talian 012-9839 837 atau di talian khas untuk ucapan tahniah di 1-300-3897 7833-700....panggilan anda akan dicaj RM48.97 per min kerana talian ini berdaftar di Selatan Uganda....apapun doa kami warga SMB semoga kedua pengantin baru ni melayari bahtera dengan jayanya ( jika Azmi perlukan tips2,sila hubungi RUDI FERGUSON ya....pasti mujarab!! )...semoga dikurniakan anak yg soleh, dibahagiakan bersama, dikurniakan kesihatan yg baik dan kekal sebagai suami isteri hingga ke akhir hayat. dan yg penting doa kami juga agar Huda & Azmi diberkati dan diredhai Allah SWT...amin......
Sekian sahaja lopran terbaru warga SMB....ingin rasanya diriku menaip lagi panjang.namun ku gundah akan Encik Anep kalau2 beliau menitiskan air mata.....bwk bersabar Nep....Udin!! pujuklah sahabat mu ini...hehe...NEP!!!AMPUN DAN MAAF NEP!!! Semoga hepi selalu...jangan marah..nanti PS2 aku bagi mu menang lah 5 X percuma.....
Sekian,Terima kasih
" Berkhidmat untuk SMB CLUB "
drpd :
SOPO & BOBOK

Wednesday, June 10, 2009

TAHNIAH UNTUK GJOE & ECAH






















Assalamulaikum semua geng bas sekolah SMB
ampun & maaf daripada aku & Bobok kerana lama tak mengupdatekan blog ini.nampaknya Tok Siak Udin sudah mengamuk..ampun udennnngggg....
jutaan tahniah untuk Encik Gjoe kita yg selamat diijabkabulkan dgn Ecah pada 3 Jun 2009 malam.katanya sekali lafaz.tapi tak tahulah sbb takde saksi drpd warga SMB yg hadir.kita percaya jelah..haha.....majlis di rumah perempuan yg terletak di Kg.Penambang ( bukan Penampar ) telah selamat dijalankan dgn jayanya pada 4 Jun 2009 bersamaan hari Khamis dan di rumah Gjoe merangkap kedai dobo paling mashyur di Bachok pada Sabtu 6 Jun 2009 juga Alhamdulillah berjalan lancar dan tiada sesiapa yg dilanggar lori dek kerana rumahnya itu kalau lori pecah tayar nescaya hancur luluh dapur rumahnya...hehe.....
sbg pengenalan kpd warga baru SMB diperkenalkan isteri Gjoe ni namanya Aisah Nabilah bte Abd Hamid atau dgn panggilan manjanya Ecah.dan juga mana lah tahu kot2 ada yg tak tahu nama Gjoe sbnr Azizul Rahman..hehe...maklumlah...Gjoe ni pemalu.jarang2 berkecimpung dlm mesyuarat ahlijawatan kuasa kedai Umi...apapun Tahniah diucapkan kpd Gjoe.
Kpd rakan2 yg nak ucapkan Tahniah..bolehlah call or SMS Gjoe ditalian 012-2999 454 kecuali pada malam jumaat dlm masa sebulan dua ni...itu waktu getir....dgn ini juga saya sebagai Penghulu No 2 SMB Club dgn sukacita mengumumkan bahawasanya ENCIK ANEP dinobatkan sbg juara dalama kategori LAST MAN STANDING.....sama2 kita doakan dia agar tittle tersebut cpt2 dilucutkan.so kpd sapa2 ada calon2..silalah....Gjoe ke kot2 Ecah ada adik pompuan..bolehlah beripar dgn Anep....ampun Nep....
Sekian sahaja untuk kali ini.....Semoga warga SMB CLUB dikurniakan kesihatan yg baik, dibahagiakan dgn keluarga masing2, dipereratkan hubungan persahabatan, diberkati umur dan rezeki dan diredhai Allah SWT mudah-mudahan.....Amin....

Sunday, May 3, 2009

JOM BAKAR AYAM

KEPADA SEMUA SM BACHOKIAN...
JOM KITA PAKAT BAKAR AYAM SEMPENA CUTI SEKOLAH INI..
TERBUKA KEPADA MEREKA YANG PULANG BERCUTI...
TEMPAT...SEKITAR BANDAR BACHOK CUKUPLA...MODAL PERJALANAN TOK ABIS BANYOK....SAPO2 BALIK BERCUTI..PLZZZZ BAGITAU CIK BOB JUS MATE 5

Tuesday, April 14, 2009

JUSMATE 5 - MAI JADI KURUS

BERAT ASAL AMBO 106KG PADO 23/3/2009...TOBAT TOK NNIPU NI....LA LA NI, SETELAH AMBO MENGGUNAKAN JUS OREN JUSMATE 5 NI...ALHAMDULILLAH....DENGAN IZIN ALLAH DALAM MASO 24 HARI (23 - 15/4/2009), BERAT AMBO DOH JADI 99.5KG....SO KIRO LAH...PERUBAHAN YANG TERJADI....NOK ODER?TELEPON BOB

Thursday, April 9, 2009

RALAT : Pembetulan Fakta

salam semua...di sini ada 2 perkara pembetulan. di mana terdapat kesilapan pemberian fakta di posted yg lepas.kesilapan ini amat dikesali oleh Yang Dipertua Persatuan Peninju Kidal Sekolah Tamil Neelam dan juga para AJK SMB CLUB....

Pembetulan pertama :

No HP Ein Chun yang diberi adalah silap.Tu No Arumugam A/L Sivaji The Kuli..patut lah call India angkat.ingat Ein Chun ada masuk persatuan membalig botol kampung india serengam.no Ein Chun yang sebenar adalah seperti tertera : 012-733 6608

Pembetulan kedua pula :

berat sebenar Udin sekarang bukan 95kg. setelah dibawa ke pusat kesihatan Bt.Caves bersebelahan Kuil Yama samy guelam...di dapati timbangan lepas adalah salah. Udin telah mengekjas neraca timbangan tersebut.juga pada masa itu Udin sedang cirit birit. maka timbangan tersebut tidak dikira. setelah ditimbang kembali.berat sebenar adalah 112KG.

diharap pembetulan fakta ini ada mengembirakan para-para penghulu kampung di sebelah selatan Thai agar dgn kegembiraan ini mereka sama-sama dapat membanting tulang menuai sawah di Argentina yang mana musim menuai akan kunjung tiba tidak lama lagi. oleh itu, sebelum penulisan ini merebak ke perkara lain seperti Barack Obama membeli boxer bundle, gandum brazil dimamah alien, Ronaldo Man U ingin bermain di Kelab Al-Fareez UAE, Ferguson sebenarnya kepanjangan kaki tak sama dan sebagainya, ada baiknya saya berhenti di sini...

wassalamu....

" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "

Yang menyepak tugas,

SOPO & BOBOK

Wednesday, March 18, 2009

CERITA 9 : KHU EIAN CHUN @ E-CHUN (CHUN BUKAN CUN AAA )








ni kek dihari pertunangan Ustaq Chun dgn Phiaw.kenapa Ustaq Chun.sebab masa asrama Udin ckp Chun selalu kejut dia solat subuh tanpa putus asa walaupun Udin tak pernah bangun...hahah...gurau di..udin bangun2...











ni mcm umah Ahmad Dhani Dewa 19 je...sedaro ko,Chun??














mula2 dapat aku ingat gambar model korea mana ni..pelakon korea ko..winter durian..rupa2nya chun dan phiaw...











ni gambar yg masuk majalah Forbes...belilah...edisi 278..1 Jun 2008.

Salam


pembuka bicara sekali lagi...



Maafkan Ambo lah...lama tak update Blog SMB. Ambo sibuk dengan Etiqa Takaful loni.dalam proses perpindahan dr AIA.Sebab Fatwa kata Haram insuran konvensional...hehe..terrrngepeng pulok doh...ampun....chun...

ok ni cerita terbaru Ambo...dr Chun...nama penuhnya seperti tertera di tajuk lah...ada sedikit biodata yang Chun bagi kt Ambo.selebihnya dia soh Ambo olah dan tokok tambahlah. Asalkan jgn Chun ni jadi Park Ji Sung sudah..nyampah En.Anep kita plk...dendam panas membaranya kepada Man U takkan pudar tuk selamanya....

kita bermula dgn isteri Chun ni...nama penuh dia seperti tertera di name tag yang dipakai ketika mengajar ialah Tan Sok Phiaw...mcmana demo kenal...panjang ceritanya.rasanya 18 purnama belum tentu habis.dipendekkan??? okay dipendekkan Chun kenal Phiaw ni 2 tahun lepas. Chun tak cakap cara dia mengejas Phiaw ni. Tapi dari air muka Chun,Ambo rasa dengan hulur sebungkus karipap pun Phiaw terpikat. Chun punya senyuman manis tu,fuhh...makcik kantin SMB dengan Asrama siap tarik2 rambut baloh...baloh bukan berebut Chun. Berubut Anep sebenarnya,...huhu..sambung2..selepas setahun perkenalan,dek kerana Phiaw ni Cun..dan Chun pula tak seberapa...( ampun Chun ), Chun mengambil langkah drastik dgn mengahwini Phiaw tepat pada 30 Mei 2008. Chun juga menyertai Kelab Mat John, Mat Ije, Rosmi, Aku dan Anep ( Anep??? ) kerana masih belum mempunyai cahaya mata..yelah mata susah nak bercahaya..anak laaaaa....Phiaw ni sedang sambung Master di UKM..bukan Master of Puppet lah Ayahanda Ri...Master ni mcm ijazah jgk..up sikit....huh!



Phiaw ni asalnya Kg.Lemal pasir Mas...dekat jah. Pasir Mas ni semula blh gi sokmo lah..tempat Udin cari kedai pelayan tu...ops..sori din! kantoikan mu plk...Chun ni dulu dia belajar di UPM. Bacelor Pendidikan ( sns. Pertanian )..weeeii lah..bakpo tok jupa Ambo sepjg ngaji UPM ni...dia grad 2003...ambo grad 2004...blh tok temu kito deh?pah Chun sambung pulak ke ( gilo ngaji lah kah2 ni ) ke Sarjana Pendidikan ( teknik & Vokasional ) UKM.Grad 2009. Chun ni start piap budak sekolah pada 20 Okt 2003 lagi. dia ni ngajar Sains Pertanian ( tanam durian, tanam orang ), Kemahiran hidup dan ICTL...ICTL ni aku tok tahu psl aku bkn cikgu. mungkin Inisiatif Cuba Tackle Lelaki..utk pelajar2 perempuan je kot subjek ni..



Chun ni ngajar di SMK Palong Timur ( bukan Polong..Polong lain ) di Felda, Segamat,Johor. katanya juga dia berjiran dgn Sekolah Hastiza mengajar. Hastiza ngajar situ lagi Chun. kalu sapa2 ada rasa nak makan buah sawit, jemputlah lah melawat Chun di Felda tu. hubungilah beliau di talian 017-733 6608.atau email ke ex_chun@yahoo.com.my atawoooo chun@smkpalongtimur.edu.com. untuk mengetahui perkembangan terbaru Chun seperti berapa ramai murid di rotan, berapa kali pengetua dia libas ..sila layari blog Chun di http://cikguchun.blogspot.

kepada chun,Ambo mitok maaf ampun kalau penulisan ini menguris buah pinggangmu.hehe..kalau bg data sahaj soh Ambo karang. begini lah jadinya. Ambo masih menanti info untuk CERITA seterusnya daripada sahabt2 SMB. tak tahu lah bila..5 thn lg ko..10 thn ko...apo blh buat,member2 pandang remeh je persahabatan kita ni katanya En.Bok...Ambo pun sedih jgk.tapi nk buat guano,Bok..kito jah sungguh.tapi walau apa pun,kita tetap teruskan usaha murni kita ni...setuju Anep??Udin???Anep lagi??dan lagi2 Udin??

Sekian sahaja dr Ambo




" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "

Yang benar,