BERMULA AL-KISAH...........
- mencuri ayam serama org kampung sedogek
- melastik lembu-lembu berkeliaran di tepi jalan hingga namanya diblacklist oleh Persatuan Lembu-lembu Kelantan
- mengintai anak dara orang menyapu sampah
- percubaan membakar pusat sumber sekolah
- melarikan kunci laci pengetua sekolah hingga sebulan pengetua tidak dapat merotan pelajar kerana rotannya di dalam laci tersebut.
- tidak membayar air sirap di kantin sekolah
Selepas SPM 1997 di SMB, Beliau menjadi ketua samseng di perkampungan dan rumah-rumah tumpangan indon. pelbagai kegiatan dijalankan oleh ANEP yg dikenali sebagai Wak Hanep WalJowooo...antaranya :
- Ketua Kumpulan penjenayah curi botol Sumatera Utara
- Ketua Samseng Rumah Haram Indon di Puchong,Segambut,Klang,Serdang dan banyak lagi
- Ketua sendiket curi baju di ampaian rumah flat
- pembuat rokok surya palsu...( adeke taruk daun kapal terbang dan paku pakis)
- belasah sehingga mati sesiapa yang cuba mencabut bulu hidungnya yg perang itu
- percubaan mencilok berus gigi di pasaraya Mydin
- Ketua tongkang Sri Armada Jaya
2 Tahun selepas itu, Beliau telah ditangkap oleh inspektor Polis di Banting yang mana inspektor tersebut ialah adik Rudi sendiri. Beliau cuba menyogok Rudi, namun ditolak mentah-mentah oleh Rudi kerana Beliau bukan peminat berani mati Mancester United. maka merengkok lah Anep itu didalam penjara Kajang. Di Penjara Beliau mula menyedari kesilapan-kesilapan yang dilakukan dahulu. beliau juga teruk dibelasah oleh Polis kerana suka kencing dan berak di depan pintu masuk sel nya. atas hasil kerja motivasi dan didikan pegawai penjara bernama Tok Man Hi-Hi Bye-Blah, Anep telah sedar.....
Kerana kelakuan baik Beliau, Beliau telah dibebaskan awal. kerana pegawai-pegawai penjara tidak tahan lagi dengan beliau yang selalu berceramah agama walau dimana sahaja berada. penjara tersebut penuh dilimpahi air mata banduan dan pegawai-pegawai. hinggakan setiap hari berbaldi-baldi air mata terpaksa dicurah ke longkang. Selepas keluar beliau menetap di KL. Beliau kemudian sangat aktif dalam pelbagai kegiatan antaranya :
- Tukang azan masjid besar kampung pasir kepala hanguk-hanguk
- AJK Masjid dan Surau di sekitar lembah klang
- Pernah muncul dalam siri ceramah jelajah tadika di terenganu,papua new guinea
- Pengerusi Persatuan Tahfiz bahagian KL antaranya Chow Kit,Petaling Street
- penceramah bebas dan pernah untuk keluar Forum Perdana dan Halaqah tetapi siaran tertunda dan tape rakaman di stesen TV tersebut hilang
- menjadi rebutan-rebutan orang-orang tua untuk dijadikan menantu hingga menimbulkan perkelahian hebat melibatkan parang gila,tiger wong, pendekar laut dan dewata raya juga harun salim bachik.
- pernah dirayu oleh mawi untuk dijadikan menantu kepada anak yg bakal dilahirkan oleh Ikin nanti yang juga bakal isterinya
selepas segala ilmu akhirat dipelajari , kini Beliau mula berpindah ke Kuantan,Pahang. sekarang beliau bekerja di UIA Kuantan sebagai ahli Kimia. Beliau banyak terlibat dalam ujikaji-ujikaji mencipta bom,meriam lidi,mercun kodok,ubat pengempis perut,ubat pelebat bulu betis,jamu pemanjang bulu hidung dan sebagainya.
kepada sesiapa dari anda melalui Kuantan, hubungi lah Anep di talian 017-3120206. blh lepak2 minum.insyallah setakat tea o ais 2 gelas tu anep blh belanja.no hal katanya.begitulah al-kisahnya anep kita.dengar khabar dia akan menyambung pengajian ke peringkat Master dan Phd. harapan kami agar UIA Kuantan tu tak hancur lah hasil ujikaji bomnya.wassalam...
hasil karya ikhlas drpd :
SOPO
( cerita dalam karya ini adalah rekaan semata-mata.tidak ada kene mengena mahupun sipi-sipi dengan sesiapa yang hidup mahupun mati. juga tiada kaitan dengan sebaramg haiwan-haiwan peliharaan mahupun haiwan liar serta haiwan madagascar. namun begitu watak cerita ini adalah benar-benar belaka. itulah MOHD HANIF MOHD AMIN )
karya ini juga mendapat kelulusan drpd ANEP sendiri.so jgn takut nk bg gmbr-gmbr lu all. gua tarak karut ini mcm.bergantung kepada permintaan anda...salam
2 comments:
warghahahaha....inilah nasibku..buleh saing hok tolol2 blako..tp aku nk bg tau satu rahsie..besr pnye..sbnrnye...gengster2 aku dlm kisah ni..ade lag kpale segale gangster...klau orng tgk meme x cayo...saiz dio x brubh mano jak skoloh lg..pakaian blh agok ari ni paka lagu mano...rambut..rambut dio yg plg spesel..28 thn dh stail rmbt bsr kuman x brubah,..kuca lgu2 mano pong akn kembali ke posisi asl..siapa dia ..aaa lu pikir laa sendrii...diolah ketuo segalo ketuo di bumi bachok ni...hahahahah
aku tahu!aku tahu!tambah lagi satu fakta...dia sepupu kepada alex ferguson dan peminat sanggup mati digilis beca MAN U..teka! teka!
Post a Comment