CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 31, 2008

Antara Cadangan Tempat Re-Union kita 2009-PULAU PERHENTIAN KECIL..any comment or suggestion??





Ini sekadar antara cadangan tempat Re-Union kita..Setuju atau tidak sila komen. Kalau ada cadangan lain,sila-silalah petik keyboard PC anda yang nampak mcm dah berdebu tu..Huhuhu...Ni Pulau Perhentian Kecil. Tetapi kena pi antara bulan 2-10 sahaja kalau tak silap. Lps tu tengkujuh. pulau cuti. seingat aku tambang bot pergi dan balik RM80 seorang. Tapi hari tu baru dpt tahu sedara aku tokang bot. So blh ekjas dpt murah lagi. Lagipun kita gi ramai-ramai.

Penginapan dalam RM40-RM150. kira okay lah tu. Sekali sekala bercuti ramai-ramai. Bawak anak jalan-jalan. Lain kita akan diskus details nanti. Byk lagi gmbr-gmbr yg ada.Akan diupload kemudian. sebab internet umah aku ni dah jadi sawan itik dah. ni masa aku,Ieyla, John Nathansamy dan Raha ke sana masa raya cina tahun ni. ok..Tempat dia best. Mmg tip top. Udara nyama jika dibandingkan dengan Pantai Irama. Badan pun sihat. MATA pun sihat jugak..hahaha...Kepada isteri-isteri sila perhatikan gerak geri suami anda..huhu

Sana kita akan ada kan pelbagai aktiviti insyallah. antaranya BBQ, Jungle Tracking, Mandi Manda ( Smackdown Rudi,jari!!set!! ), Memancing, Terjun Tiruk, Pertandingan Mengali Kubur, Upacara Sembelihan Kambing Hitam, Sukaneka, Volleyball, Dekcok Hambat dan banyak lagi aktiviti yang mana kalau aku terus menaip maknanya 2 kali solat subuh pun tak siap lagi.

So Lain-lain kita akan lantik ahli jawatankuasa secepat mungkin. Yang penting bendahari. Blh start buat kutipan derma atau sedekah untuk tabung kita. Mana yang rasa ingin tambah pahala,blh derma walaupun tak pergi. dan yang pergi insyallah akan doakan semoga anda dimurahkan rezeki dan diberkati Allah swt..amin....ataupun mungkin kita blh cari beberapa produk,kita jual kepada ahli2 yang mana modal dikembalikan dan keuntungan kita masukkan ke dalam tabung. Mcm-mcm cara lagi blh kumpulkan dana kita. Apa guna dana ini. Mungkin kos pergi balik, penginapan,makan harian sendiri-sendiri. dana ni blh digunakan untuk BBQ,lain aktiviti dll. Kalau anda ada sebarang cadangan berhubung menambahkan dan mengkayakan dana kita. Sila komen.jgn segan2!! nasik tambah! nasi tambah! aku juga terfikir kita buat baju Reunion kita, mug, sticker kete dan jual kepada ahli. mcm biasa untung masuk dana. jadi permulaan modal ini diperlukan derma. mungkin blh dibuat derma bulanan. Rm10 sorg ke. nk bg lbh pun takpe. Alhamdulillah....kepada yg rasa terbeban, suka hati andalah nk bg berapa pun. 50 sen ke. Kita halalkan sesama kawan ni.

Aku rasa Aku,Isey, Ana, Anep, Jari, Fedya takde masalah pasal derma ni. yang lain tak tahu lah..Komen pun susah nk bg..nak ke tak..Tahun depan cuma kita akan carikan tarikh sesuai. harap-harap semua dapat join. perlu ambil cuti,ambil lah..Sekali sekala..Demi sahabat2 dan demi keluarga...Bwk bercuti. Mungkin boleh mengeratkan hubungan kemesraan keluarga anda. Di harap kita blh jayakan bersama kalau ada kerjasama bgs. Kita jadikan Reunion kita sehebat sekolah2 asrama penuh dan sains lain. kitakan sekolah premier...bkn premier league Rudi!! tu Man U powerrrrrrrr...so ada cadangan, komen, kritikan, kutukan, pujian,makian dan juga sekiranya berminat untuk join..sila komen di posted ini..bagitau nak join..berapa org...harap kerjasama....sekian,wassalamu...

sesungguhnya yg baik itu datangnya daripada Allah Maha Esa dan yang buruk itu datang dari kelemahan kita...Insyallah...




Yang menjalankan tugas :


SOPO & ISEY BOOKE













Kepada Sahabat Yang Bergelar Cikgu @ Guru

memandangkan ramai dikalangan kaum kerabat diraja kita adalah Cikgu. aku terpanggil oleh ginjalku untuk mengwar-war kan blog ini. mungkin boleh meberi manfaat dan faedah kepada para Cikgu-cikgu kita ni yang Hencem2 dan cun2...tidak kiralah Cikgu itu Peminat MAN U ataupun Mancester United yang berani disembelih seperti Rudi..sila-silalah anda ke blog ini

http://noddenberek12kbr.blogspot.com

actually Beliau adalah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Slovakia. sangat berpengalaman dalam bidang perguruan ni. andaikata anda semua melihat wajahnya yang hensem lagi macho tu..apa boleh buat. dia ikut darah anak saudaranya lah tu iaitu SOPO..hahahahahaha....takpelah sekali sekala..maaf zahir batin,Rudi..MAN U memang Hebat dan Terrrrrbaik.....

Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. aku baca dah.mcm bgs.tapi memandangkan aku ni bukan Cikgu, aku mengalami sedikit gangguan Neuron ke otak serta sedikit sawan rubah-rubah lah juga untuk memahaminya..huhuhu

ikhlas drpd :

Encik SOPO

Thursday, October 30, 2008

Jemputan Kahwin Iqram a.k.a BERUANG...( maaf zahir batin,iqram )

Kepada sahabat-sahabat yang berada di Kelate dan yang pulang ke Kelate..anda semua dijemput hadir memeriahkan dan menghancurkan majlis perkahwinan Iqram mansor VS Noor Hazliza Ibrahim. alhamdulillah..ada jgk org nak kt mu iqram..( anep!! tak tercabar ke???haha..maaf zahir batin nep )

Aturcara dan jadual seperti berikut :

1. Majlis Akad Nikah pada 4hb Dec 2008 ( malam )

2. Majlis bersanding dan mentekedarah gulai ( dgr kaba gulai burung unta dan beruang vietnam..haha ) pada 5hb Dec 2008 bertempat di Taman Sari, Jalan Bayam, Kota Bharu.

3. Majlis rumah Iqram pula pada 13hb Dec 2008 bertempat di zoo kelantan..haha...di Kg. Nakhoda Saamah ( bukan serial ). Majlis ni juga dibuat bersama dengan majlis adiknya BB..( kpd Mat 6, bwk byk2 bersabar...mu kan dah kahwin dah...jgn bersedih dan mengadu dumba di bwh pohon limau kasturi...hahaha...maaf zhir batin juga,mat 6 )

Majlis bermula jam 2.30pm hingga 6.30pm. diharap semua jemput hadir. Iqram juga mohan kepada sahabat-sahabat yang membaca ni,sila sms nama dan alamat kepadanya untuk proses memnghantar kad jemputan ke No Dia 012-9595905...Kalau yg tak dpt sms, Anda blh print posted ni..bwk gi majlis...Tunjuk sebagai bukti...ini juga diterima oleh Iqram...

Kepada yang mana-mana alergik dgn beruang..kira halal-halal lah..dah tua bangka semua...Sedangkan nabi ampunkan umat....Inikan pula punk rock dan black metal...kita hanya ada kaitan dengan kambing hitam je...Oleh yg demikian,sila-sila lah merajinkan sendi lutut ke majlis. mana yg tak dpt hadir, sms juga iqram. nanti dia nk bg no akaun katanya..Blh bank in duit je..Ganti hadiah.( woi!! iqram..mende mung nih!!! ) hahahahah...

sekian,wassalamu.....

Yang menyampaikan amanah :

SOPO

Wednesday, October 29, 2008

pleaseeeeeeeeeee!!!update your data here..

Kepada warga SMB PMR 95 dan SPM 97...jikalau anda prihatin akan persahabatan lama kita semua agar kekal lebih lama hingga ke anak cucu...tolong update data anda di sini...postkan dlm comment....ahli majlis sekarang hanya ada aku,ise bobok n anep the great gangster sahaja.mana yg lain?entahlah....mek ana pun mana hilang... huhuhuh...

Data ini mungkin blh dijadikan pengerat silaturahim antara kita dan pasangan masing2.sebab aku sendiri pun tak kenal n tak tahu nama pasangan anda..mahupun anak anda..apatah lagi sepupu,pak sedara,2 pupu anda...jadi sama2 lah kita..kita jadikan reunion tahun depan sebagai yg terbesar dan terbaik dalam sejarah....kira reunion + family day lah...sebab kalau family day sahaja..terkedu dan terungkup si anep serta beruang..hahaha...maaf zahir batin..
sila update data anda seperti berikut ek..kalau rasa kurang tu..tmbh lah sendirik... :

nama anda :
no lesen anda : ( terpulang )
alamat tempat tinggal :
alamat tempat kerja :
pekerjaan :
no hp anda :
no hp ketua kg anda : ( jika perlu )

nama pasangan :
pekerjaan pasangan :
umur pasangan anda :
asal pasangan :

nama anak : 1.
2.
3.
umur anak :

diharap anda semua dapat memberi kerjasama. kerjasama pihak Tuan/Puan amat saya hargai demi Malaysia yang gemilang,cemerlang,terbilang,hulubalang,belalang dan petualang.

sekian sahaja drpd sopo untuk anda.

terimalah serangkap pantun dari hamba...

bermudik ke hulu dengan perahu,
perahu bocor di tengah sungai,
kalau tuan hamba semua ingin sangat nak tahu,
lu pikirrrrrrrrrrrrrrlah sendiri.

assalamualaikum

CERITA 1 : Mohd Hanif Mohd Amin ( ANEP )- hasil karya sopo

BERMULA AL-KISAH...........




Dahulu beliau seorang samseng di SMB. Kegiatan utamanya ialah :

- mencuri ayam serama org kampung sedogek

- melastik lembu-lembu berkeliaran di tepi jalan hingga namanya diblacklist oleh Persatuan Lembu-lembu Kelantan

- mengintai anak dara orang menyapu sampah

- percubaan membakar pusat sumber sekolah

- melarikan kunci laci pengetua sekolah hingga sebulan pengetua tidak dapat merotan pelajar kerana rotannya di dalam laci tersebut.

- tidak membayar air sirap di kantin sekolah


Selepas SPM 1997 di SMB, Beliau menjadi ketua samseng di perkampungan dan rumah-rumah tumpangan indon. pelbagai kegiatan dijalankan oleh ANEP yg dikenali sebagai Wak Hanep WalJowooo...antaranya :
- Ketua Kumpulan penjenayah curi botol Sumatera Utara
- Ketua Samseng Rumah Haram Indon di Puchong,Segambut,Klang,Serdang dan banyak lagi
- Ketua sendiket curi baju di ampaian rumah flat
- pembuat rokok surya palsu...( adeke taruk daun kapal terbang dan paku pakis)
- belasah sehingga mati sesiapa yang cuba mencabut bulu hidungnya yg perang itu
- percubaan mencilok berus gigi di pasaraya Mydin
- Ketua tongkang Sri Armada Jaya



2 Tahun selepas itu, Beliau telah ditangkap oleh inspektor Polis di Banting yang mana inspektor tersebut ialah adik Rudi sendiri. Beliau cuba menyogok Rudi, namun ditolak mentah-mentah oleh Rudi kerana Beliau bukan peminat berani mati Mancester United. maka merengkok lah Anep itu didalam penjara Kajang. Di Penjara Beliau mula menyedari kesilapan-kesilapan yang dilakukan dahulu. beliau juga teruk dibelasah oleh Polis kerana suka kencing dan berak di depan pintu masuk sel nya. atas hasil kerja motivasi dan didikan pegawai penjara bernama Tok Man Hi-Hi Bye-Blah, Anep telah sedar.....


Kerana kelakuan baik Beliau, Beliau telah dibebaskan awal. kerana pegawai-pegawai penjara tidak tahan lagi dengan beliau yang selalu berceramah agama walau dimana sahaja berada. penjara tersebut penuh dilimpahi air mata banduan dan pegawai-pegawai. hinggakan setiap hari berbaldi-baldi air mata terpaksa dicurah ke longkang. Selepas keluar beliau menetap di KL. Beliau kemudian sangat aktif dalam pelbagai kegiatan antaranya :
- Tukang azan masjid besar kampung pasir kepala hanguk-hanguk
- AJK Masjid dan Surau di sekitar lembah klang
- Pernah muncul dalam siri ceramah jelajah tadika di terenganu,papua new guinea
- Pengerusi Persatuan Tahfiz bahagian KL antaranya Chow Kit,Petaling Street
- penceramah bebas dan pernah untuk keluar Forum Perdana dan Halaqah tetapi siaran tertunda dan tape rakaman di stesen TV tersebut hilang
- menjadi rebutan-rebutan orang-orang tua untuk dijadikan menantu hingga menimbulkan perkelahian hebat melibatkan parang gila,tiger wong, pendekar laut dan dewata raya juga harun salim bachik.
- pernah dirayu oleh mawi untuk dijadikan menantu kepada anak yg bakal dilahirkan oleh Ikin nanti yang juga bakal isterinya


selepas segala ilmu akhirat dipelajari , kini Beliau mula berpindah ke Kuantan,Pahang. sekarang beliau bekerja di UIA Kuantan sebagai ahli Kimia. Beliau banyak terlibat dalam ujikaji-ujikaji mencipta bom,meriam lidi,mercun kodok,ubat pengempis perut,ubat pelebat bulu betis,jamu pemanjang bulu hidung dan sebagainya.
kepada sesiapa dari anda melalui Kuantan, hubungi lah Anep di talian 017-3120206. blh lepak2 minum.insyallah setakat tea o ais 2 gelas tu anep blh belanja.no hal katanya.begitulah al-kisahnya anep kita.dengar khabar dia akan menyambung pengajian ke peringkat Master dan Phd. harapan kami agar UIA Kuantan tu tak hancur lah hasil ujikaji bomnya.wassalam...
hasil karya ikhlas drpd :
SOPO
( cerita dalam karya ini adalah rekaan semata-mata.tidak ada kene mengena mahupun sipi-sipi dengan sesiapa yang hidup mahupun mati. juga tiada kaitan dengan sebaramg haiwan-haiwan peliharaan mahupun haiwan liar serta haiwan madagascar. namun begitu watak cerita ini adalah benar-benar belaka. itulah MOHD HANIF MOHD AMIN )
karya ini juga mendapat kelulusan drpd ANEP sendiri.so jgn takut nk bg gmbr-gmbr lu all. gua tarak karut ini mcm.bergantung kepada permintaan anda...salam

Wednesday, October 22, 2008

SENARAI PESERTA REUNION

  1. BLOGGER
  2. SOPO DA BEST INSURANSER
  3. ANEP DA CHEMISTER

Monday, October 13, 2008

REUNION!!!!!!JOM PAKAT REUNION

KEPADA KAWAN2 SMB BATCH 93-97!!!!! SATU REUNION AKAN DIADAKAN.........PERBINCANGAN AKAN DIJALANKAN....KALI INI KITA BERUNION ALA FAMILY DAY...DI MANA? SUDAH PASTI DI TEMPAT YANG BAIK PUNYERR......APA KATA KITA KE PULAU....ATAU KE CAMERON HIGHLANDS...ATAU BERIADAH SAJE DI KOTA K.LUMPUR.....BUJET?KITA PASTIKAN MURAH TAPI BERMANFAAT UNTUK KITA, ANAK-ANAK DAN MASA DEPAN PERHUBUNGAN KITA SEMUA...AYUH...KAWAN2KU YANG MELAYARI BLOG INI, SEBARKAN KEPADA KAWAN2!BIAR KECIL REUNION ASAL TERUS BEREUNION!!! SOPO....JALANKAN TUGAS!

Selamat Berbahagia Untuk Bakal Pengantin

Untuk maklume kawan2 semuo....gu kito dulu hok terputus hubungan selepas tingkatan 3, yakni ise mustaffa (ise kecik)-kawe ise tough!......akan melangsungkan perkahwinan pada akhir bule ini... jadi dio mitok aku menyampaikan undange dio ke rumohnyo pado 25 oktober yakni jatuh pado hari sabtu...sapo2 hok ado kampung maso tu, meh la kito pakat2 g! bekwoh! make gulai wehhhhhhh......

Monday, October 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA


maaf zahir dan batin

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAMARUL (MAMAT)

AL-FATIHAH buat kakanda AZHARI BIN AWANG

....UNTUK WARGA SMB....
UNTUK SEBARANG INSURANS BERHUBUNGLAH DENGAN MR SAIFUL ADLI (SOPO)
EJEN YANG SENANG DIHUBUNGI,DIPERCAYAI DAN LU ALL TAU LA SENDIRI...
KOMPOM!!!!! SEGALA URUSAN CLAIM DIURUS DENGAN CEPAT DAN TANGKAS!

KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI KAWAN BERDEGREE MEKANIKAL, SILA HUBUNGI NADZRU.
ADA KERJA KOSONG BEBB......



assalamualaikum pembuka bicara.....
aku menjadkan blog ini sebagai penjalin hubungan warga smb amnya
dan sebagai penjalin keakraban pelajar smb spm 1997

PERINTIS BATCH SPM 1997

AKU sedang mencari sesuatu yang baru untuk pembaharuan......
Kepada X-smb, sila beri maklumat terkini atau sebarang berita dan khabar
untuk makluman kita semua