CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 19, 2009

Allah Maha Besar....sesuai utk yg sudah jadi ibubapa,bakal jadi ibubapa & yg bujang...

Assalamualaikum...

saksikan video ini....anda pasti menitiskan air mata...kalau bukan kerana anak sendiri..mungkin kerana anda masih mempunyai ibu...itulah perasaan ibu anda semasa mengandungkan anda...trust me....kalau anda tak menitiskan air mata,maknanya anda bukan ibubapa yg baik...atau mungkin anda ibubapa yg baik.tetapi air mata anda sudah habis kerana menangis akan kekalahan liverpool atau anda mengalir air mata gelakkan akan kekalahan liverpool...maaf zahir & batin,din....

saksikan...

http://www.youtube.com/watch?v=Z96AjXl29is

" BERKHIDMAT UTK SMB CLUB "

Yang Benar,

SOPO & BOBOK

Saturday, October 17, 2009

INFO WARGA SMB : Jangan Sesiapa Berani Tegur Udin

Assalamualaikum semua....

harap sihat2 semua.....


berita terbaru yg baru diperolehi tgh malam td sangat2 mengujakan dan menakutkan sekali.kpd warga SMB lain.jangan sekali-kali mengegur Udin selama seminggu kerana beliau mengalami tekanan perasaan yang amat dasyhat dan hebat..kesan daripada tekanan tersebut,beliau kini akan menjerkah sesiapa sahaja yang menyebut perkataan kalah,liverpool,sunderland,no 1,no 0 dan yang paling beliau naik darah dan boleh menyebabkan hancur segala-gala termasuk ibu jari kaki anda ialah perkataan BELON...oleh itu jgn sesiapa menyebut BELON didpn Udin.

ini berikutan kekalahan Liverpool kpd Sunderland yang mana gol tersebut bukan sebenarnya dijaringkan oleh Darrent Bent,tetapi oleh sebuah Belon....

saya juga tidak berani bercerita panjang lebar lagi kerana takut dimarahi Udin dan saya masih lagi sayangkan ibu jari kaki saya.oleh itu pesan saya kepada Udin ialah KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KOH KOH KOH KOH KOH KEH!!!!!!!!! mudah-mudahan Udin kembali sembuh dengan cepat.....

sekian,kpd warga SMB...ada baiknya sekiranya anda semua dapat sedekahkan HA HA HA atau KAH KAH KAH kepada Udin....

Sekian,wassalamu

" BERKHIDMAT UNTUK SMB CLUB "

daripada,

BENT & BELONNYA...

Monday, October 12, 2009

INFO WARGA SMB : Abah Rudi Kembali Ke Rahmatullah

Assalamualaikum semua warga2 SMB...

pertama2 kami mengucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin sekira ada tersalah dan silap selama kami mengendalikan blog SMB CLUB ini.

Berita terbaru warga SMB ialah dimana Abah Rudi sudahpun kembali ke Rahmatullah pada 7.35am padahari Jumaat bersamaan 9 OKT 2009.Doa kita semua agar arwah dipermudahkan ururan di alam kubur,padang masyhar dan seterusnya di tempatkan di syurga tertinggi iaitu syurga firdaus bersama orang2 yg soleh dan beriman....

oleh itu,sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin kepada Arwah.kami cukup sedih akan pemergian arwah kerana arwah juga adalah seperti abah kami sendiri.arwah sangat baik kepada kami.teringat semasa arwah sihat dahulu dimana kami bersama2 main pukat tarik di tepi Pantai Irama.aku sendiri juga sering teringat tatkala tiba di kedai Rudi.pertama sekali aku pasti ke belakang dulu utk mengcongkek atau geletek abah....apapun yg hidup pasti akan pergi.

mudah-mudahan Umi,Rudi,Miji,Pak Chu,Musri,Sepu,kak long,kakak dan Izat tabah menerima qadak & qada ini....doa kami juga agar keluarga ini diberkati,diredhai & dirahmati Allah SWT....amin....

Sekian,Terima kasih

" BERKHIDMAT UNTUK SMB CLUB "

SoPo & BoBok

Wednesday, September 9, 2009

SIAPA YG HENSEM DAN CUN NAK ORDER BISKUT RAYA...



SALAM AHLI-AHLI SMB CLUB...
Sempena Raya yang hampir menjelang tiba...rasanya ambo ni belum terlambat utk mempromote biskut raya ambo kpd sapa2 yang malas buat biskut raya sendiri.sebab biasanya yg malas buat biskut raya dan beli kt luar ni adalah tergolong dalam golongan hensem lagi rupawan serta cun melecun....fakta ni...
kpd sapa2 nk order biskut habaq mail lah....RM24 jah untuk satu balang ini yg mengandungi 50 pieces...dijamin sedap hingga berguling2 lah sekiranya anda makan sambil berguling....yg cornflakes mmg superb...yg kacang mazola pulak kaw gile.disarankan agar makan slow2 atau bersama air ditepi kerana ia memungkinkan anda tercekik dan terpaksa ke ICU....
BISKUT CORNFLAKES SUPERSEDAP
RM24
BISKUT KACANG MAZOLA SUPERKAW!
RM24
dan ada beberapa jenis lagi.blm ada gambar..huhu....tart nenas dinasour dan sarat dgn isi nenas..rm28 satu balang...mahal sikit.tapi semua puas hati sbb kami tak kedekut bahan.sume taruk bahan byk2 dan brg mahal...terbaru is cornflakes madu yg juga RM28....
kpd sapa2 berminat,blhlah berhubung dgn ambo....En.SOPO dgn kadar segera.biskut ni dibuat sebaik saja diorder.maknannya bukan stok lama lah....
sekian,timo kaseyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....
" BERKHIDMAT UTK SMB CLUB "
bloggerakgerakgerakkhassssss..
SOPO & BOBOK

Tuesday, September 8, 2009

RAMADHAN HAMPIR BERLALU, SYAWAL BAKAL MENJELMA

SUDAH SEPARUH BULAN KITA BERPUASA...SUASANA RAYA DI KAMPUNG SEMAKIN TERGIANG-NGIANG DI TELINGA...HUUUU...SEDAR TAK SEDAR HARI RAYA KITA SEMAKIN MERIAH...APA TIDAKNYA, DARI RAYA SENDIRI DAH RAYA BERDUA (SUAMI ISTERI), DARI BERDUA DAH BERTIGA (ANAK SULUNG/ISTERI KE 2) DAN SETERUSNYA BEGITULA HARI RAYA KITA..BERTAMBAH TAMBAH MERIAH LA KITA.....
HUUUU...ANDAI KATA ADA LA MASA SESUAI UNTUK KITA SEMUA BERTEMU BERSAMA SEMULA..BERTAMBAH TAMBAH SANGAT LA KEGEMBIRAAN KITA SEMUA..BERTANYA KHABAR ANTARA KITA YANG LAMA HILANG DI MATA...MUNGKIN DAPAT MENAMBAH BISNES YANG SEDIA ADA?
HAHAHA..NAMUN KEKANGAN MASA DAN KETIKA MEMANG TAK MAMPU KITA ELAK...ITULA YANG MENGHALANG KITA UNTUK RAYA BERSAMA!
KALI NI...BLOGGERS (BOB N SOPO) MENCADANGKAN "PERJUMPAAN" YANG UNIK- FUTSAL DI MELAWI (DEPAN UMAH SOPO)-PERJUMPAAN DI TENGAH MALAM...KITA BOOKING FUTSAL DALAM KUL 11-1 PAGI (MASA BLEH BINCANG-TAUKE FUTSAL ADA NGA KITA)..SAPA YANG NAK MAIN? PASTINYA BOYS SMB N SUAMI-SUAMI KEPADA GIRLS SMB..HAHAHA..CANTEKK!! KENAPA MASA TU DIPILIH?TU LA MASA YANG TIADA KEKANGAN..MANA ADA ORANG BERAYA TENGAH-TENGAH MALAM...YANG PENTING KITA DAPAT JUMPA BERTEMU MESRA...GENG POMPUAN SEDIA MAKANAN...KITA BERFUTSAL...BAWAK LA KUIH-KUIH SKET...BENTANG TIKAR...HAAA...JALAN! YANG PENTING...BE PROFESIONAL...AMACAM?

YANG BENAR

BLOGGERS
SOPO&BOB

BERKHIDMAT UNTUK SMB

Sunday, August 16, 2009

SUKO SELOK GHAMAI2 : Part 1

CERITA 1 :

Dam! pintu pejabat sebuah hospital dihempas.seorang doktor muda kelam kabut masuk,mengelabah puyuh jumpa doktor senior.
Doktor senior : Kenapa ni?
Doktor muda : ( termengah2 beritahu ) Saya dah buat silap masa isi borang kematian
pesakit.Alamak..matilah saya macam ni..matiiii...
Doktor senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat Punca kematian...

CERITA 2 :

Dalam satu majlis makan malam sempena ulangtahun pejabat isteri di hotel 5 bintang,si isteri tegur suaminya.
Isteri : Abang nimdah 8 kali ambil daging bakar tu,orang lain perhati aja.Abang tak malu ke?
Suami :Tak....Abang cakap dengan diaorg,awak yang nak!

CERITA 3 :

3 hari melukis,akhirnya siaplah potret lelaki separuh umur.Si pelukis bertanya kpd lelaki tersebut," Macam mana,Encik suka tak lukisan ini?"
Lelaki separuh umur yg berhidung kembang dan banyak bekas jerawat batu itu terus mengeleng-geleng kepala,"Ceh!Inilah lukisan paling buruk pernah saya tengok!"
Si pelukis pegangbahu lelaki tersebut dengan perlahan berkata,"Hmmm....kalau macam itu Encik kenalah akui yang Encik ni adalah manusia paling hodoh pernah saya lukis potretnya."

CERITA 4 :

Mamat kesian betul tgk Boboi.Tensen dr pagi sampai malam.Mamat pun tanyalah kawanbaiknya itu.
Mamat : Apahal engkau,tensen aja aku tengok?
Boboi : Hubungan aku dgn Ira dah putus...
Mamat : Putus?Kenapa?
Boboi : Materialistik sangatlah dia tu..
Mamat : Ala...apa susah,Engkau ceritakanlah yang Engkau ni anak Tan Sri,banglo 3, 4
buah, mercedes 3 bijik...
Boboi : Dah! aku dah beritahu.Tapi lepas beritahu benda tu lah dia jatuh cinta dgn bapak aku
pulak!!

CERITA 5 :

Seorg lelaki tua yang sedang bergunting rambut terkejut apabila tiba2 pintu kedai gunting itu dirempuh.Yang rempuh ialah lelaki muda,dan kemudiannya menjerit, " Rudi Ferguson!!Cepat balik!! rumah kau terbakar!! "
Apa lagi,lelaki tua itu pun terjun dari kerusi,terus berlari ke rumahnya.100 meter dari situ walaupun rambutnya belum siap dipotong dan di dagu penuh dgn buih pencukur.Dia pun berlari dan berlari mcm cristiano ronaldo lari ke real madrid...huhuhu..tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya,lelaki itu tiba2 berhenti.
"Eh?kenapa pulak aku lari balik ni?Nama aku bukan Rudi Ferguson...!!"


Sekian sahaja...harapan ambo anda sedang berguling2 atas lantai suko selok

" Berkhidmat utk SMB CLUB "

yg bener,

SOPO & BOBOK

Wednesday, August 12, 2009

RENUNGAN BERSAMA 2 : 15 Tanda Hari Kiamat

Tanda-tanda kiamat kecil terbagi menjadi dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai; seperti diutusnya Rasulullah saw., terbunuhnya Utsman bin ‘Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman. Kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah; seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dan lain-lain.

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah sawJabir r.a. berkata, ”Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, ‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan sore kalian.’ Beliau melanjutkan, ‘Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanatJabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majelis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badui dan berkata, “Kapan terjadi Kiamat ?” Rasulullah saw. terus melanjutkan pembicaraannya. Sebagian sahabat berkata, “Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya.” Berkata sebagian yang lain, “Rasul saw. tidak mendengar.” Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya, “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu, ”Saya, wahai Rasulullah saw.” Rasulullah saw. Berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah saw. Menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kayaRasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)

4. Sungai Efrat berubah menjadi emasDari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sampai Sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebutan tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata, ”Barangkali akulah yang selamat.” (Muttafaqun ‘alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam”Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), dibukanya Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi, sampai 80 poin, dan setiap poin 12.000.” (HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhanDari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)

7. Munculnya kaum KhawarijDari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).

8. Banyak polisi dan pembela kezhaliman“Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat IslamDari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

10. Dominannya FitnahDari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sampai dominannya fitnah, banyaknya dusta dan berdekatannya pasar.” (HR Ahmad).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinahan

13. Banyaknya kaum wanitaDari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinahan, banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjidDari Anas ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

15. Menyebarnya riba dan harta haramDari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapat, apakah dari yang halal atau yang haram.” (HR Ahmad dan Bukhari)

Sekian,terima kasih

" Berkhidmat Utk SMB CLUB"

Yang benar-benar saja dong :

SOPO & BOBOK