* kenangan di pagi yang hening di pantai irama..
Sunday, June 28, 2009
PANTAI IRAMA MENGGAMIT KENANGAN SMB
Posted by azril at Sunday, June 28, 2009 17 comments
Tuesday, June 23, 2009
FADHILAT AMAL KHAS : Sempena Bulan Rejab
Dengan ini Ahli Lembaga Pengarah SMB CLUB dgn sukahati dan jantungnya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Rejab 24hb Rabu...esok!!
Bulan Rejab dikatakan Bulan Allah SWT. sebagaimana sabda Rasulullah SAW : " Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku "
Ad-Dailami merawikan dr Aisyah ra, dia berkata, " aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
" Allah menyiramkan kebaikan pada 4 malam ; malam Adha, malam Fitri, malam Nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab "
Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah pula dr Rasulullah SAW, baginda bersabda :
" Ada 5 malam,tidak akan doa tertolak; malam pertama bulan Rejab,malam nisfu Syaaban, malam Jumaat dan malam Aidil Fitri dan Aidil Adha "
oleh itu saya sertakan amalan yg boleh sama2 kita amalkan di bulan rejab ini mengikut hadis dan sunnah Nabi.
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah per mint aannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Sekian, Semoga amalan2 kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT...Insyallah...
" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "
drpd Tok Penghulu 2 & 1 :
SOPO & BOBOK
Posted by azril at Tuesday, June 23, 2009 0 comments
Labels: from : SOPO
Monday, June 22, 2009
RENUNGAN BERSAMA 1: Kewajipan Isteri Terhadap Suami
Salam kpd semua warga SMB CLUB....
ini adalah tajuk atau topik baru yg blh kita kongsi bersama.walaupun ia berat untuk En.Anep.tapi takpo Nep.belajar dulu agar mu jadi lagi power dr semua.Insyallah...bkn power tu Nep!!Power ilmu....insyallah Renungan Bersama ini akan sentiasa diupload bila kelapangan agar kita sama2 dapat berkongsi ilmu Allah dan sama2 mendapat manfaat ke arah sama2 menjadi Hamba Allah yang beriman dari segi hati,perbuatan dan percakapan...
saya memilih tajuk ni sebab tgk ramai dah yg dah kahwin. jadi saya rasa tajuk ni penting juga lah untuk kesejahteraan rumahtangga yg dibina agar ia dibina dan kukuh atas dasar islam.ni juga cerita best kpd warga2 SMB wanita dan isteri2 warga SMB....amalkan apa di sini insyallah anda akan jadi sebagaimana kebanyakkan hadis Nabi SAW yang mana Nabi SAW bersabda : " Setiap perempuan yg mati di mana sang suami rela kpdnya,pasti dia masuk syurga"
wanita ni senang masuk syurga dan ramai juga yg masuk neraka.kita fokuskan dlm kategori isteri lah.sebagai isteri ada 4 perkara yg perlu dijaga. jika dijaga dijamin syurga.1. Menjaga solat 5 waktu...ini saya rasa senang untuk semua. 2. Menjaga puasa...ini juga blh dilakukan. 3. Menjaga farajnya....pun blh dijaga. namun yg ke-4 ini sebanarnya sukar bagi seorg isteri iaitu 4. Taat kpd suami. ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW juga.
dari segi kedudukan Ketaatan bagi isteri juga suami terletak di no 3 selepas taat kepada Allah SWT,Taat kpd Rasul dan ketiganya Taat kpd Suami...selepas suami barulah Taat kpd ibu bapa dan mertua.maknanya tingginya nilai suami kpd isteri dalam islam ini. berbeza dgn suami yg perlu taat kpd ibu bapa dan mertuanya terlebih dahulu.baru isteri. jadi juga kpd suami jgn terlalu mengikut kehendak isteri jika ia blh mengecilkan atau menguriskan hati ibu anda. sebab ibu ini sukar ditafsirkan kegurisan hatinya.kadang2 kita tak balik kg,mak ckp okay.tapi sbnrnya dlm hati nya terguris.siapa tahu dia ckp kita ikut bini...nauzubillah...bagi isteri,hayati sabda Nabi SAW ini : " Kalau blh aku perintah kpd sesorg agar bersujud kpd sesorg,maka aku perintahkan kpd perempuan agar bersujud kpd suaminya kerana betapa besar hak suami ke atas isteri "..oleh kerana itulah perlu dijaga akan ketaatan kpd suami ini. jika isteri meninggal dunia dgn keadaan suami memaafkan semuanya,redha dan berpuas hati dgn layanan isteri semasa hayat,dijamin syurga.
terdapat satu kisah dimana seorang suami yg meninggalkan isterinya kerana pergi berperang / bermusafir. dan suami tersebut berpesan kpd isterinya jangan sesekali keluar dari rumah ini. maka suami itu meninggalkan isterinya.pada suatu hari dikhabarkan bapa isteri itu sedang sakit.zaman dulu2 mana ada HP nak sms or call. jadi isteri kegelisahan.dia lantas menghantar wakil kepada Rasulullah SAW bertanya samaada dia blh tak nk ziarah ayahnya. Rasulullah SAW kata, " Taatilah Suamimu ". maka dikhabarkan pula ayahnya sakit tenat dan sdg nazak.dihantar lagi wakil. Nabi SAW tetap mengatakan, " Taatilah Suami mu ". kemudian ayahnya meninggal dunia.sekali lagi isteri tersbt menghantar wakil utk memohon melawat dan melihat ayahnya utk kali terakhir. Rasulullah SAW tetap menjawab," Taatilah suamimu". begitulah kisahnya.kemudian Rasulullah SAW menghantar wakil kpd isteri tersbt dgn mengatakan ayahmu telah diampunkan segala dosa2nya sepanjang hayat lantaran dia taat kpd suaminya. dan tatkala pula suami pulang terserempak dgn Nabi SAW. Nabi SAW ckp ayah mertuamu sedang dimandikan dan dikafankan oleh malaikat di atas langit. suami bertanya mengapa begitu? Jawab Nabi SAW kerana Isteri mu mentaati mu....
lihatlah betapa besarnya pahala isteri mentaati suami. kpd isteri2 byk dan besar pahala jika anda menjaga suami anda dgn baik.dikatakan sekiranya anda membuat segelas air untuk suami anda pun pahalanya sama seperti anda berpuasa selama setahun. tapi jgnlah kerap sgt.nanti kencing manis pulak warga SMB ni..sebab tu kalau suami kata A..anda mahu B...jgn berkeras dgn suami hingga berlaku pertengaran atau rajuk merajuk.pujuk dan bodek lah baik2 utk suami anda pilih B juga.ada caranya. kena belajar kelemahan suami tu.hehehehe....
bagaimana pula hak suami...sabda Rasulullah SAW :
" Hak suami yg ada pd isteri adalah jika suami menginginkannya maka ia tidak blh menolaknya. Janganlah isteri memberikan sesuatu dlm rumahnya kecuali dgn izin suami. Jika isteri melakukan demikian,maka dia berdosa dan pahalanya untuk si suami.kecuali makanan yg dikhuatiri basi. termasuk haknya pula hendaklah seorg isteri tidak berpuasa kecuali ia telah mendapat keizinan suami. jika dia melakukan tanpa izin,maka dia hanya lapar dan dahaga shj serta puasanya tidak diterima. Dan jika isteri keluar dr rumah tanpa izin suaminya, maka para malaikat melaknatinya sampai dia kembali ke rumahnya dan bertaubat "
Jadi kepada isteri2 jagalah dan taatlah kpd suami anda. dan suami pula pandai2 lah bertolak ansur dgn isteri sekiranya anda sayangkan isteri anda.tetapi jika suami berkeras isteri wajib ikut kecuali kpd perkara2 mungkaran yg bertentang dgn perintah Allah SWT. walaupun hak suami banyak ke atas isteri,namun ketahuilah isteri2 sekalian...anda juga teramat2 senang untuk memperolehi pahala drpd suami. lihatlah betapa besarnya pahala anda memasak untuk suami anda, mengosok bajunya, melayannya dgn baik dsbg. oleh itu sama2 lah hayati renungan ini demi kebahagiaan rumah tangga anda agar berlantaskan islan dan Allah SWT serta rasul agar keluarga anda menjadi keluarga yg diredhai oleh Allah SWT insyallah....amin....
insyallah di post yg lain kita berbicara pula kewajipan suami kpd isteri pula..insyallah....
Sekian....
Drpd,
SOPO & BOBOK
" Berkhidmat Untuk SMB CLUB "
Posted by azril at Monday, June 22, 2009 0 comments
Labels: from : SOPO
Thursday, June 18, 2009
TAHNIAH LAGI..UNTUK HUDA & AZMI PULOK
Posted by azril at Thursday, June 18, 2009 2 comments
Labels: from : SOPO
Wednesday, June 10, 2009
TAHNIAH UNTUK GJOE & ECAH
Posted by azril at Wednesday, June 10, 2009 1 comments
Labels: from : SOPO